Sebaliknya, menurut Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan yang juga adalah Pengarah Strategi BN, Najib yang berada di negara itu dilayan sebagai tetamu kenamaan mereka.
"Sepatutnya Raja Saudi marah PM kerana rosakkan nama baik keluarga mereka. Tapi sebaliknya pula yg berlaku! PM jadi tetamu kenamaan!" tulisnya di laman sosial.
Dalam nada sama, Ketua Pemuda Gerakan Tan Keng Liang menulis: "Jika PM berbohong mengenai derma Arab, mengapa keluarga diraja Arab masih memberinya layanan VVIP, termasuk mengesahkan hubungan erat kedua-dua negara?"
"Raja Saudi tidak menafikan penjelasan bahawa mereka yang memberi derma. Mereka juga memberinya layanan VVIP dalam lawatan itu. Adakah WSJ akan melaporkan ini?" soalnya.
The Wall Street Journal sebelum ini menerbitkan beberapa laporan mengenai perkara ini dan dituduh didalangi pihak-pihak yang berkempen menentang Najib.
Sementara itu, Najib menulis tweet tentang gambarnya bersama Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud.
"Menghadap dan beramah mesra bersama Baginda Raja Salman Abdulaziz Al Saud."
Wang RM2.6 bilion dipindahkan ke akaun bank peribadi Najib sebelum pilihan raya umum 2013.
Berikutan siasatan, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali membebaskan Najib daripada sebarang salah laku dan mendedahkan bahawa RM2.03 bilion kemudiannya dikembalikan kepada penderma berkenaan.
Bagaimanapun, pengkritik terus menuduh kerajaan berusaha ‘menutup’ perkara itu manakala perdana menteri mendakwa golongan tertentu berkomplot untuk menjatuhkannya.
Najib kini di Arab Saudi bagi menghadiri Forum Ekonomi Jeddah. - Malaysiakini.com
Menteri Dedah Sebab 'Kukuh' Kenapa Najib Tidak Bersalah?
Reviewed by Admin
on
10:43:00 PG
Rating: