Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liong Tiong Lai mengesahkan perkara itu menerusi akaun twitternya sambil menegaskan kemungkinan besar serpihan itu adalah daripada pesawat jenis Boeing 777.
Tiong Lai berkata, semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat sebarang spekulasi sehingga siasatan selesai dilakukan dan pengumuman rasmi mengenainya dibuat.
“Saya menggesa semua orang supaya tidak membuat spekulasi sehingga kita benar-benar memastikan serpihan itu daripada MH370,” katanya.
Laporan NBC News menyebut, pasukan penyiasat sedang meneliti serpihan pesawat itu dan gambar analisis foto awal menunjukkan seolah-olah objek itu adalah daripada pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang kira-kira dua tahun lalu.
Objek berkenaan tertulis perkataan ‘NO STEP’ dipercayai adalah sebahagian daripada sayap pada belakang badan pesawat buatan Boeing.
Serpihan pesawat itu dilaporkan ditemui di kawasan tebing berpantai di Selat Mozambique. Ia ditemui seorang warga Amerika Syarikat di negara itu.
September tahun lalu, penyiasat Perancis mengesahkan serpihan pesawat yang ditemui di Kepulauan Reunion, berdekatan Madagascar pada Julai 2015 adalah milik MH370.
Pesawat berkenaan hilang daripada radar ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, China pada 8 Mac 2014, bersama 239 penumpang dan anak kapal.
Serpihan Ekor Pesawat Dipercayai Milik Mh370 Ditemui Di Afrika
Reviewed by Admin
on
9:38:00 PG
Rating: