Berang SPRM Berkas Guan Eng, Mat Sabu Kata Najib Akan Mati Tak Lama Lagi



KUALA LUMPUR: Presiden Parti Amanah Negara (PAN) Mohamad Sabu berang dengan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberkas Ketua Menteri Pulau Pinang diatas tuduhan rasuah.

Beliau yang lebih dikenali dengan gelaran Mat Sabu dengan nada marah mendakwa SPRM membuat pendakwaan terpilih dengan memberkas Guan Eng.

"Jangan buat mayat Lim Guan Eng seperti kamu buang mayat (Teoh) Beng Hock. Jangan buang mayat (Ahmad) Sarbiani seperti kamu buang mayat pegawai kastam (itu) di Kelana Jaya.

"SPRM, kamu bertangungjawab kepada Tuhan. Najib akan mati tak lama lagi," katanya di perkarangan Ibu pejabat SPRM Pulau Pinang, malam tadi.

Petang kelmarin, SPRM dengan waran menyerbu Guan Eng di pejabatnya di tingkat 28, Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) di Pulau Pinang.

Guan Eng keluar dari pejabatnya sekitar jam 6.30 petang diiringi peguamnya R.S.N Rayer bersama penguatkuasa SPRM menuju ke Ibu Pejabat SPRM Pulau Pinang sebelum didakwa di Mahkamah Sesyen Georgetown.

"Saya harap pegawai SPRM bawa bertenang, dakwa Guan Eng elok-elok. Jangan buat macam Beng Hock! Jangan buat macam Sarbani!" ujar bekas pemimpin PAS itu.

Kenyataan Mat Sabu menyebut Beng Hock dan Ahmad Sarbaini merujuk kepada dua kes kematian suspek SPRM yang mati dalam tahanan.

Beng Hock ditemui mati dipercayai jatuh dari bangunan bersebelahan Ibu Pejabat SPRM Selangor di Plaza Masalam, Shah Alam selepas ditahan SPRM untuk soal siasat sementara Ahmad Sarbaini ditemui mati dipercayai jatuh dari tingkat tiga bangunan SPRM di jalan Cochrane.

- Malaysian Digest

Berang SPRM Berkas Guan Eng, Mat Sabu Kata Najib Akan Mati Tak Lama Lagi Berang SPRM Berkas Guan Eng, Mat Sabu Kata Najib Akan Mati Tak Lama Lagi Reviewed by Admin on 6:06:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.