Kecoh! Kejadian Sebenar Harimau Belang Mati Dilanggar MPV



SHAH ALAM: Seekor harimau belang telah mati selepas dirempuh oleh kenderaan pelbagai guna MPV di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2). Pemandu MPV tersebut telah menjelaskan keadaan sebenar di mana dia tanpa sengaja melanggar harimau tersebut.

Mohd Syahrin Abdul Aziz, 43, menceritakan keadaan sebenar di mana dia hanya mengesan kehadiran harimau di hadapan keretanya ketika jarak lima meter. Ketika itu, Syahrin tidak mampu melakukan apa-apa atau mengelak dari melanggar haiwan tersebut.

Laluan itu memang gelap, memang tiada kenderaan lain selain saya...tiba-tiba dalam jarak lima meter baru saya nampak harimau itu, saya hanya sempat menjerit 'harimau' tetapi apakan daya saya tidak sempat berbuat apa-apa untuk mengelak daripada harimau itu dilanggar.

Saya berhenti agak jauh dari tempat kejadian, sebab takut-takut ada harimau lain yang datang...selang lima minit kemudian ada kereta berhenti dekat saya, tanya apa berlaku, lepas itu dia mintak dekat saya hendak ambil harimau itu saya cakap tidak boleh.

Selepas itu, dalam 20 minit kemudian ada Peronda LPT datang lalu ambil harimau itu. Kemudian polis pula datang selepas itu saya maklumkan bahawa harimau itu telah diambil oleh Peronda LPT.

Syahrin yang masih terkesan dengan kejadian ini berasa bersyukur kerana keluarganya selamat tetapi sedih kerana harimau tersebut mati.

Beliau telah membuat laporan polis di Balai Polis Kemaman sejurus kejadian berlaku.

Sumber: Sinar Harian

Kecoh! Kejadian Sebenar Harimau Belang Mati Dilanggar MPV Kecoh! Kejadian Sebenar Harimau Belang Mati Dilanggar MPV Reviewed by Admin on 8:04:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.