Katanya, beliau membuat keputusan itu selepas dinasihatkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar supaya debat tersebut tidak diadakan di lokasi terbuka yang dikhuatiri hanya mencetuskan perbalahan sesama umat Islam.
"Saya dinasihati oleh IGP supaya debat itu diadakan secara tertutup.
"Kita tak nak cetuskan perbalahan yang merugikan orang Islam, nanti timbul persepsi negatif terhadap orang Islam," katanya dalam satu sidang media di Kuala Lumpur.
Katanya, ia bermakna hanya tetamu yang terdiri daripada ahli akademik, agamawan dan pegawai agama sahaja yang dibenarkan menyaksikan debat tersebut.
Zamihan sebelum ini didakwa menyerang Asri dengan mengaitkannya dengan aliran Wahabi dan keganasan. Asri menafikan perkara itu dan menyifatkan Wahabi sebagai sebuah istilah "misteri".
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim memilih menamatkan perbalahan mereka dengan menawarkan untuk menganjurkan debat antara kedua-duanya pada 10 Februari.
Walaupun Asri menerima cadangan itu, Zamihan bagaimanapun berkata beliau tidak dapat hadir pada tarikh tersebut kerana dijadualkan untuk memberi ceramah kepada banduan.
Beliau berkata akan mengadakan pertemuan dengan setiausaha Shahidan malam ini untuk membincangkan bagaimana debat itu akan dijalankan.
Zamihan berkata demikian selepas seminar bersama antara polis dan Aswaja untuk melatih anggota Aswaja dalam mendidik orang ramai memerangi ideologi militan IS.
Turut hadir Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Zamihan Mahu Debat Tertutup Dengan Dr. Maza Kerana...
Reviewed by Admin
on
8:41:00 PTG
Rating: