Tersenyum saya membaca status-status di Facebook terutama yang ditulis oleh orang berusia lewat 20-an ke atas. Mereka terpinga-pinga apakah itu ‘cia cia cia’ yang sering ditulis di status atau komen di media sosial. Ada juga bertanya sama sendiri dan masih tidak tahu akan jawapannya.
Pastinya tidak ‘in’ jika tak tahu what’s going on di dalam masyarakat muda kita hari ini. Jadi, dengan rasa ingin tahu yang tinggi, saya memerhati dan melihattrend ini. Dan sempat juga saya bertanya kepada mereka yang sering menulis ‘cia cia cia’ itu.
‘Cia cia cia’, ‘chia chia chia’ atau ‘shia shia shia’ biasanya ditulis selepas ayat yang mempunyai unsur memikat (aka pick up line) hati wanita.
Trend ini bermula selepas rancangan Sepahtu Reunion bersiaran di stesen televisyen hujung akhir tahun lepas. Dan ia diakui oleh mereka yang mengamalkan perkataan tersebut. Mereka meminta saya menonton Sepah Reunion kerana disitu bersepah perkataan tersebut digunakan.
Nampaknya ‘cia cia cia’ itu adalah gelak ketawa geng Sepahtu Reunion selepas mengayat ayat-ayat manis buat artis undangan mereka.
Mungkin akan ada orang mempertikaikan bahawa idea asal ‘cia cia cia’ adalah dari Opera Van Java seperti mana yang dikomen oleh beberapa netizen media sosial.
Tapi hakikatnya, kerana Sepahtu Reunion lah bermulanya trend ‘cia cia cia’ di Malaysia.
‘Cia cia cia’, ‘chia chia chia’ atau ‘shia shia shia’ biasanya ditulis selepas ayat yang mempunyai unsur memikat (aka pick up line) hati wanita.
Nampaknya ‘cia cia cia’ itu adalah gelak ketawa geng Sepahtu Reunion selepas mengayat ayat-ayat manis buat artis undangan mereka.
Tapi hakikatnya, kerana Sepahtu Reunion lah bermulanya trend ‘cia cia cia’ di Malaysia.
Apakah Maksud Sebenar 'Cia Cia Cia' Yang Kini Jadi Trend Di Malaysia?
Reviewed by Admin
on
5:00:00 PTG
Rating: