Beg berkenaan ditemui seorang lelaki berusia 30 tahun di dalam parit kira-kira 11.30 pagi.sepasukan polis yang dihantar ke lokasi kejadian tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri pada mayat atau beg.
Namun menurut beberapa orang sungai kapar,mendakwa mayat dalam beg berkenan telah di potong dua di masukkan kedalam beg kemudian di campak di jalan belimbing meru klang.
katanya mayat dalam beg tersebut adalah seorang kanak kanak wanita berusia 15 tahun dan tiada organ dalaman.
Cerita yang dikongsikan oleh grup sungai kapar indah turut merisaukan ibu bapa terutama yang memiliki kanak kanak yang masih di bawah umur.
Ekoran isu yang tersebar media polis selangor berhubung kes mengeluarkan kenyataan atas kejadian sebenar
KENYATAAN MEDIA POLIS SELANGOR BERHUBUNG KES JUMPA MAYAT DALAM BEG.
Polis Selangor dengan ini ingin membuat penjelasan berhubung satu kes dimana satu mayat dijumpai dalam sebuah beg pakaian didalam parit di Jalan Belimbing, Kampung Bukit Kapar, Meru, Klang, Selangor.
Pada 14/03/2016 jam lebih kurang 11:30 pagi ekoran maklumat yang diterima dari orang awam, pihak Polis telah menemui satu(1) mayat dalam sebuah beg pakaian di dalam parit, di Jalan Belimbing, Kampung Bukit Kapar, Meru, Klang. Keadaan mayat dianggar berusia dalam lingkungan 3 ke 5 hari dan dipercayai adalah mayat seorang perempuan dewasa yang identitinya belum dikenalpasti.
Bedah siasat (post mortem) keatas mayat akan dijalankan pada jam 9 pagi 15/03/2016 untuk mengenalpasti punca kematian dan bagi mengesahkan identiti mayat.
Pihak Polis sedang giat menjalankan siasatan dan sementara itu orang ramai diminta untuk tidak menyebar atau membuat apa-apa spekulasi berhubung kes ini tanpa mendapat fakta yang sahih dari pihak Polis.
Sekian.
Dato’ Abdul Samah bin Hj. Mat.
KETUA POLIS SELANGOR.
Bertarikh: 14 hb.Mac 2016.
Gambar sekitar kejadian
Cerita Sebenar Penemuan Mayat Dalam Beg Dipotong Dua Di Meru Klang
Reviewed by Admin
on
11:39:00 PTG
Rating: