Dengan RM9, Anda Boleh Mencuci Usus Dan Kempiskan Perut Sekaligus




Kebanyakan manusia akan mengambil lebih kurang satu kilogram makanan sehari. Sepanjang tahun, lebih kurang 365 kilogram makanan “disumbat” ke dalam perut kita.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, penyakit sistem penghadaman menjadi punca keenam utama kematian di hospital kerajaan sepanjang 2008.

Apabila semakin banyak sisa makanan tersangkut pada saluran usus, hal ini menyebabkan perut buncit. Masalah perut buncit ini umpama mimpi ngeri bagi wanita terutamanya dan lelaki amnya.

Perut buncit akan mencacatkan penampilan seseorang dan membuat seseorang kelihatan seperti tidak menjaga kesihatan fizikal.

Kini, anda semua tidak perlu risau lagi. Dengan berbelanja sebanyak RM 9.00, anda mampu mengatasi masalah usus yang penuh dengan selaput atau lapisan sisa makanan tersangkut pada saluran usus dan perut buncit sekaligus.

Ramuan rahsia + bajet ini akan menyingkirkan sisa makanan yang tersumbat jika diamalkan berterusan dan dengan penuh yakin.

NAK TAHU BAHAN RAHSIA + BAJET INI?

Nata De Coco + Yakult
RM 4.00 + RM 5.00
RM 9.00

Itu sahaja bahan-bahannya.


MURAH BUKAN?

Jangan terkejut dengan kos yang perlu anda belanjakan dan yang pasti produk rahsia + bajet ini disyorkan oleh seorang doktor perubatan.

Jangan bimbang dan khuatir jika produk rahsia + bajet ini menggunakan bahan terlarang. Semuanya selamat dan berkhasiat.


BAGAIMANA CARA PENYEDIAAN PRODUK RAHSIA + BAJET?

Beli kelapa laut atau lebih dikenali sebagai nata de coco
Buangkan air manisan nata de coco
Gantikan air manisan dengan air putih
Beli Yakult yang berharga hanya RM 5.00 untuk 5 botol
Campurkan lebih kurang 12-15 kiub nata de coco dengan sebotol yakult.
Minum dengan penuh kegembiraan
Amalkan setiap pagi ketika bangun daripada tidur, sebelum mengambil makanan. Untuk lebih berkesan, amalkan dua kali sehari; bangun daripada tidur dan sebelum tidur.

KENAPA PERLU MEMBAZIR?

Kini, anda tidak perlu membazir wang untuk membeli produk yang mahal untuk menjaga kesihatan usus anda. Setelah banyak berbelanja, anda juga tidak tahu sama ada ia mampu untuk memberikan hasil yang maksimum dan sesuai dengan keperluan tubuh badan.

Jika anda tidak sanggup untuk melabur sebanyak RM 9.00 untuk kesihatan usus dan lain-lain, anda akan menanggung akibatnya berdasarkan corak pemakanan anda dan perlu menghabiskan ribuan ringgit untuk kos rawatan. Mari mencuba.


Dengan RM9, Anda Boleh Mencuci Usus Dan Kempiskan Perut Sekaligus Dengan RM9, Anda Boleh Mencuci Usus Dan Kempiskan Perut Sekaligus Reviewed by Admin on 7:00:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.