Tapi disebabkan lapisan minyak dan daki yang melekat pada dinding paip saluran menyebabkan laluan air semakin kecil dan menyukarkan air untuk turun dengan lancar.
Ada beberapa cara untuk menyelesaikan masalah sinki tersumbat. Salah satu cara yang mudah kami akan kongsikan bersama anda dengan mengunakkan cuka dan baking soda.
Bahan – Bahan:
1. Cuka
2. Baking Soda
3. Dan semestinya sinki! Heee
Cara – cara untuk menjayakannya..
Gunakan sudu kecil atau apa-apa yang sesuai untuk masukkan baking soda tu kedalam lubang sinki.
Selepas itu masukkan pula ½ cawan cuka kedalam lubang sinki tadi. Tunggu 5 minit supaya baking soda dan cuka tadi bertindak balas.
Kemudian, ambil satu jag air panas mendidih dan curahkan ke dalam sinki.
Lihatlah hasilnya..jadi ke tak?
Sambung langkah dibawah kalau teknik diatas tak berjaya.. Well tu bermaksud ada kotoran super degil yang melekat di saluran sinki korang.. So kena guna cara yang extreme sikit.
Jika masih tersumbat, Tanggalkan sambungan PVC di bawah sinki.
Bersihkan saluran atau sambungan PVC tadi dengan berus gigi yang sudah tidak digunakan.
Cantumkan semua sambungan dan perangkap sinki dan siap!
P/S : Selamat Mencuba!
Inilah Cara Paling Mudah Baiki Sinki Tersumbat
Reviewed by Admin
on
7:10:00 PG
Rating: