Menurut Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, Bahagian Falak, Jabatan Mufti Johor, Hanafiah Abdul Razka, pada 24 Oktober 1995, gerhana matahari berlaku pada kadar 70 peratus manakala bulan yang menghalang cahaya matahari berada pada ketdudukan titik 'simpul atas'.
Menurut beliau, gerhana matahari itu sekali lagi berulang pada hari ini jam 8.23 pagi iaitu pada waktu Dhuha dengna kdar gerhana 90 peratus manakala kedudukan bulan yang menghalang cahaya pada kedudukan titik 'simpul bawah'.
"Allah berfirman dalam Surah Kaf, ayat lapan yang bermaksud fenomena alam sebagai bukti kekuasaan Allah mengandungi dua nilai iaitu Tabsirah (tuntutan mengambil perhatian) dan Zikra (tuntutan mengambil peringatan).
"Sebagai perhatian, gerhana matahari pada tahun 1995 (1416 Hijrah) menyaksikan Johor diuji dengan kemarau sehingga membawa kepada wabak penyakit yang menyerang tanaman dan tumbuhan.
"Semoga ulangan gerhana matahari 21 tahun ini memberi limpahan hujan yang seragam untuk kesuburan negeri Johor," sebagaimana lapor BH Online.
Sementara itu, Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Ismail Karim berkata, pihaknya sudah menerima laporan berkenaan perkara itu dari Bahagian Falak, Jabatan Mufti Johor.
"Saya juga mendapat maklumat daripada Jabatan Meteorologi mengatakan gerhana matahari yang berlaku menyebabkan peningkatan suhu hingga 2 darjah Celsius selain taburan hujan yang akan berkurangan.
"Rakyat diminta berjaga-jaga dan dinasihatkan jangan terlampau terdedah pada cahaya matahari kerana panas terik yang berlaku kali ini tidak seperti hari biasa.
"Daripada segi wabak penyakit pada tumbuhan hingga kini masih belum ada tanda dan dikenal pasti, tetapi seperti kebiasaan suhu panas yang melampau sememangnya akan menjejas dan merosakkan tanaman berbuah seperti kemarau pada tahun lalu," katanya. -Siakapkeli.my
Disebalik Keindahan Foto Gerhana Matahari, Ini Fakta ‘Seram’ Anda Perlu Tahu.. Takutnya
Reviewed by Admin
on
11:31:00 PTG
Rating: