Setiap yang hidup itu pasti akan mati, tiada benda hidup yang kekal hidup abadi di muka bumi ini, kita sebagai umat Islam harus percaya kepada rukun iman ke 6 iaitu percaya kepada Qada' dan Qadar.
Dikongsikan sebuah cerita kisah seorang isteri yang telah kematian suaminya di mana si isteri telah memandikan suaminya kerana itu adalah janji antara mereka berdua.
Namun semasa memandikan suaminya, isteri telah meluahkan rasa cintanya kepada suami sambil memandikan mayat dimana kisah ini cukup meruntun hati.
Jom kita baca
~Isteri solehah~
Seorang isteri menangis2 nak mandikan jenazah suami dia.. bapak mertua dgn polis forensik tak bagi.. sambil menangis isteri berkata ini janji kami suami isteri.. jika abang mati dulu kamu (isteri) mandikanlah jenazah abang, Andai kamu (isteri) mati dulu dari abang, abang akan mandikan jenazah kamu..
Dari luar bilik mayat hospital seorang ustaz masuk tanye ape hal then ustaz tu kate x pe kalau isteri nak mandikan jenazah suami.. ustaz tadi bersama beberapa orang lagi temankan si isteri mandikan jenazah suaminya..
Dengan tenang isteri membasuh muka suaminya sambil berdoa, "Inilah wajah suami yang ku sayang tetapi Allah lebih sayangkan abang.. Moga Allah ampunkan dosa abang dan satukan kita di akhirat nanti.."
Membasuh tangan jenazah suami sambil berkata "Tangan inilah yang mencari rezeki yang halal untuk kami, masuk ke mulut kami. moga Allah beri pahala untuk mu suami ku.."
Membasuh tubuh jenazah suami smbil berkata "tubuh inilah yg memberi pelukan kasih syg pd ku dan ank2,moga Allah beri pahala berganda untukmu wahai suamiku"
Membasuh kaki jenazah suami smbil berkata "dgn kaki ini abang kluar mencari rezki utk kami, berjalan dan berdiri sepanjang hari semata2 untuk mencari sesuap nasi,terima kasih abang...moga Allah beri kau kenikmatan hidup d akhirat dan pahala yg berlipat kali gandanya"
Selesai memandikan jenazah suaminya, si isteri mengucup sayu suaminya dan berkata "terima kasih abang kerana aku bahagia sepanjang menjadi isterimu dan terlalu bahagia dan terima kasih kerana meninggalkan aku bersama permata hatimu yang persis dirimu dan aku sebagai seorang isteri redha akn pemergianmu kerana ksaih sayang Allah pada mu."
Betapa sucinya hati seorang isteri pada suaminya..
sumber
Kata-Kata Terakhir Seorang Isteri Ketika Memandikan Jenazah Suaminya Yang Sungguh Meruntun Hati
Reviewed by Admin
on
8:52:00 PG
Rating: