Ku Nan Jumpa Saya Gesa Isu 1MDB Diselesaikan - Tan Sri Muhyiddin



Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bertemunya desak isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) diselesaikan segera, pada sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.

Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor juga ada bertemu dengannya mendesak supaya membangkitkan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang terpalit dengan Datuk Seri Najib Razak diselesaikan segera.

Bekas timbalan presiden Umno itu membuat pendedahan tersebut selepas diasak wartawan mengenai individu dalam pimpinan tertinggi yang dikatakan bertemu dengannya mahu isu menyelubungi Najib ditangani segera.

“Ya, bukan isu itu saja tapi ada banyak lagi isu,” kata Muhyiddin pada sidang media di pejabatnya di Bukit Damansara, Kuala Lumpur hari ini.

Ku Nan Jumpa Saya Gesa Isu 1MDB Diselesaikan - Tan Sri Muhyiddin Ku Nan Jumpa Saya Gesa Isu 1MDB Diselesaikan - Tan Sri Muhyiddin Reviewed by Admin on 8:22:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.