Ketua Penerangan Pas, Nasruddin Hassan berkata, keputusan itu dibuat oleh Abdul Hadi atas pertimbangan perhubungan politik yang dilihat wajar.
“Tindakan ini sebenarnya menelusuri peta besar dan "road map" yang telah dilakar dengan teliti oleh PAS untuk terus menerajui gerakan perubahan total dalam negara tercinta ini.
“Berasaskan prinsip Amal Jamaei, Presiden mempunyai hak (hak Amal Jamaei dan hak Perlembagaan parti) untuk membuat keputusan segera dalam situasi tertentu yang dirasakan perlu untuk kepentingan parti dan mencongak strategi semasa meskipun secara makronya dilihat berbeza dengan keputusan awal parti,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.
Dalam pada itu, beliau bertegas mengulangi prinsip Pas yang tidak bersetuju menjatuhkan pemimpin negara, Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Pas mahu Pilihan Raya Umum diadakan segera untuk kembali menyerahkan kepada rakyat membuat keputusan terhadap kepimpinan negara akan datang setelah kerajaan yang ada pada hari ini terpalit 1001 isu yang melibatkan integriti kepimpinan.
“Pas mempunyai langkah dan strategi tersendiri dalam melakar tindakan mendepani cabaran politik semasa tanpa perlu terikat dengan gerakan mana - mana pihak,” katanya lagi. - SH
Patutlah Mustafa, Khairudin Hadir Deklarasi Anti Najib, Rupa-Rupanya...
Reviewed by Admin
on
8:15:00 PG
Rating: