Lelaki Maut Dihempap Kereta Perisai



PEKAN: Seorang pekerja DRB-HICOM Defence Technologies Sdn Bhd (DEFTECH) maut dihempap kereta perisai di kilang berkenaan kira-kira jam 12 tengah hari tadi.

Abdul Razak Jabbar, 45, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan badan.

Difahamkan ketika kejadian, mangsa sedang mengajar seorang pelatih mengendalikan kenderaan berkenaan.

Kereta perisai itu dikatakan terkeluar dari landasan akibat gagal dikawal, menyebabkannya terbalik lalu menghempap mangsa.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Pekan untuk bedah siasat.

Pelatih berusia dalam lingkungan 20-an itu mengalami kecederaan ringan.


Lelaki Maut Dihempap Kereta Perisai Lelaki Maut Dihempap Kereta Perisai Reviewed by Admin on 9:32:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.