Mahasiswa Dibunuh Kekasih Kerana Mengandung Benih Jantan Lain



Seorang mahasiswi telah ditemui mati dipercayai dibunuh oleh kekasihnya. Mangsa yang dikejarkan ke hospital untuk mendapat rawatan segera akhirnya meninggal dunia selepas sembilan jam bertarung dengan nyawa akibat kecederaan teruk di kepala dipercayai dipukul sebelum dicekik oleh kekasihnya.

Ketua polis Keluang Jonathan berkata, sebelum dapat hasil daripada bedah siasat yang dilakukan oleh pihak hospital, pihak mereka akan menyiasat kes ini dan sudah menahan suspek, lelaki pelajar UMSU (Universiti Muhammadiah Sumatra Utara) yang dipercayai membunuh mangsa kerana mangsa mengaku hamil dan mahukan dia bertanggungjawab.

Menurut info lain, gadis itu dibunuh kerana selingkuh dengan lelaki lain.

Sebelumnya dipercayai kedua-dua pasangan itu sempat berperang mulut sebelum semuanya berakhir tragedi berdarah.

Dalam kejadian, suspek yang mendatangi rumah sewa mangsa pada jumaat dalam keadaan tidak terkawal terus menarik rambut mangsa dan memhempaskannya ke dinding hingga kepala mangsa pecah dan kemudian mencekik mangsa.

Kerana panik, suspek membawa mangsa ke hospital Adam malik (medan) dan dirawat selama sembilan jam hingga akhirnya mangsa menghembuskan nafas terakhir.

Menurut doktor, kekasih mangsa mengatakan bahawa gadis itu telah cuba membunuh diri, namun pihak hospital meragui keterangan suspek kerana luka yang mencurigakan pada bahagian kepala mangsa dan terus menghubungi pihak polis.

Manakala kakak sepupu mangsa seorang penjual air berkata pada nusantara news medan, ''Pada awalnya kekasih adik saya tidak mengaku membunuh, malah dia sempat membersihkan darah adik saya selepas membunuhnya di rumah sewa itu, kepala adik saya sudah hancur ," katanya.

Mahasiswa Dibunuh Kekasih Kerana Mengandung Benih Jantan Lain Mahasiswa Dibunuh Kekasih Kerana Mengandung Benih Jantan Lain Reviewed by Admin on 7:11:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.