Perdana Menteri Jawab Dakwaan Kononnya Sultan Johor Tak Mahu Salam



Johor - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hanya mampu menggelengkan kepala berikutan tohmahan di media sosial yang mendakwa kononnya Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar menolak untuk bersalaman dengan dirinya.

Najib ketika mengulas dakwaan itu berkata, baginda juga sebenarnya menyambut kehadirannya di istana.

“Sultan Johor tunggu saya di istana, minum teh dengan dia, naik kereta yang dipandunya.

“Saya duduk sebelah, berbual dalam kereta, takkan itu pun salam lagi, nanti orang kata gila, (di) istana sudah salam, naik kereta sama,... (nak) salam lagi?” katanya sebagaimana lapor Malaysiakini.

Najib membuat penjelasan itu berikutan video viral yang memaparkan kononnya sultan Johor tidak mahu bersalaman dengannya ketika majlis pelancaran Forest City di Johor pada minggu lalu.


Perdana Menteri Jawab Dakwaan Kononnya Sultan Johor Tak Mahu Salam Perdana Menteri Jawab Dakwaan Kononnya Sultan Johor Tak Mahu Salam Reviewed by Admin on 7:57:00 PTG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.