Selain itu, faktor pemakanan juga boleh menyebabkan darah tinggi. Antara makanan yang boleh menyebabkan darah tinggi adalah garam, pizza, makanan ringan, gula, makanan berlemak seperti kulit ayam, kopi, alkohol dan banyak lagi.
Jika anda menghidap sakit darah tinggi,ambillah daun kucai kira-kira seikat. Bersihkan dan tumbuk dengan sedikit garam. Perah ambil airnya, bubuh dalam mangkuk dan embunkan. Minumlah pagi-pagi sebelum makan apa-apa, Insya-Allah penyakit darah tinggi anda akan sembuh. Kalau sekali minum tidak sembuh, jangan berputus asa. Cuba dan cuba lagi.
Selalunya penyakit tidak akan sembuh dengan sekali berubat. Kerana itu cubalah amalkan banyak kali, bersabar dan bertawakal.
Selamat mencuba ya..
Petua Hilangkan Darah Tinggi
Reviewed by Admin
on
6:30:00 PG
Rating: