Sebaliknya, Pengerusi BN Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, walaupun Kelantan ditadbir oleh Pas, namun kerajaan pusat tidak pernah mengabaikan pembangunan di Kelantan dan sentiasa membantu negeri ini.
Menurutnya, secara jelasnya dapat dilihat dalam RMK 11 yang mana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Kelantan mendapat peruntukan paling tinggi berbanding negeri lain.
“Di Kelantan kita masih lagi dibebani dengan isu-isu yang mengatakan kerajaan pusat mendera dan menganaktirikan negeri Kelantan walaupun pelbagai usaha dilakukan.
“Terkini adalah pembinaan Hospital Kuala Krai yang merupakan salah sebuah hospital tercanggih di negara kita dengan kos RM300 juta, yang dilawati perdana menteri Ahad lalu,” katanya sempena majlis Makan Colek Bersama Media di sini.
Menurutnya, hospital itu akan menjadi pemangkin kepada kemajuan Kuala Krai dan akan menjadi sebuah hospital pakar khusus bagi Kelantan Selatan.
“Ini menunjukkan Kelantan terus dibela dan kita mahu rakyat Kelantan mengetahui perkara ini. Sudah pasti kita perlukan sokongan media untuk difahami rakyat,” katanya.
Selain itu, katanya, rakyat juga perlu sedar bahawa kerajaan pusat di bawah kepimpinan perdana menteri telah melakukan yang terbaik untuk membela nasib rakyat Kelantan.
Tegasnya, tidak pernah lagi dalam sejarah negara, kerajaan pusat memberikan rumah kepada mangsa banjir dengan harga kira-kira RM200,000 dan ia adalah satu nilai tersangat tinggi.
Bagaimanapun, Mustapha berkata, itu yang dilakukan perdana menteri Ahad lalu dengan mengorbankan dasar kerajaan persekutuan demi membantu mangsa-mangsa banjir di negeri ini.
Pada masa sama, beliau berkata, walaupun BN tidak berkuasa di Kelantan, namun kerajaan pusat tetap membawa perubahan dan membantu menjana ekonomi negeri ini.
Katanya, Pusat Transformasi Bandar juga wujud di Kelantan dan selain itu, kerajaan turut berusaha melakukan pembangunan di sekitar Bandar Tunjong dengan mewujudkan kompleks mahkamah, Jabatan Pembangunan Persekutuan, termasuk cadangan pembinaan bangunan guna sama persekutuan.
Bahkan katanya, ekonomi Kelantan secara tidak langsung juga dijana menerusi pembinaan Universiti Malaysia Kelantan dengan perbelanjaan kira-kira RM200 juta setahun.
“Banyak sekali dilakukan kerajaan pusat, malangnya masih ada lagi sebahagian rakyat Kelantan yang menafikan jasa kerajaan pusat di negeri ini, walhal banyak dijanakan oleh kerajaan pusat,” katanya.
Kerajaan Pusat Sayangkan Kelantan
Reviewed by Admin
on
9:30:00 PG
Rating: