Bahagian 2 & 3 Kisah Seram Pelancong Australia ke Malaysia: 'Banjaron Titwang...' - Bisik 'Ayah' kepada Ibu...



Bahagian 2 :

Hai semua, maaf kerana lambat, keadaan tidak tentu arah. Saya sudah menghubungi dengan Sheikh itu. Dia kata dia boleh datang dalam 5-7 hari lagi.

Bagaimanapun, saya masih lagi tak dapat tidur sejak balik dari lapangan terbang dan cuba untuk membuka telinga sekiranya ada bunyi aneh yang kedengaran. Bunyi mendengung itu berbunyi lagi kira-kira jam empat suku dan berterusan sehingga lima setengah. Saat ini, saya dah keluarkan senjata besar dan membaca Quran; yang mana sedikit pelik kerana saya bukannya pengikut yang taat setia. Apa yang saya boleh kata? keadaan kacau bilau macam ni boleh memberi kesan kepada kepercayaan anda.

Kira-kira 5.30 pagi, benda yang menyerupai ayah saya (saya tak mahu percaya benda itu ayah saya) bangun dan turunke bawah. Bukan nak mandi atau guna tandas. Tetapi cuma turun ke bawah dan bertanya kenapa ada Al-Quran atas meja kopi.

Perkara yang pelik tentang semua ini adalah mereka semua masih mempunyai suami yang sama. 'Bapa saya' masih mempunyai suara garaunya (selepas beberapa tahun menghisap rokok), 'ibu saya' dengan bunyi suaranya yang nyaring. 'Abang-abang' saya dengan suara dalam dan adik saya pun masih mempunyai suara yang asalnya. Saya tak tahu adalah ia boleh berlaku dan jika sesiapa tahu jika benda-benda ni boleh simpan suara orang-orang yang mereka tiru, sila kongsi.

Jadi, 'ayah saya' turun dan makan sedikit roti sebelum pergi ke atas kembali yang mana membuatkan saya terkejut kerana itu apa yang ayah saya makan setiap hari pada waktu pagi. Mungkin, saya mula berfikir, bahawa ayah saya yang sebenar tidak mati/diambil tetah dirasuk oleh benda jahat jadi sedikit persamaan masih lagi ada. 'Ibu' saya pun sama, bangun (tapi tak mandi/ guna tandas), menium air kopi tanpa gulanya dan semangkuk conrnflakes. Benda yang sama ibu saya (yang sebenar) makan untuk sarapan.

Sekarang dah 8 pagi dan mereka sudah pergi kerja. Saya tidak ditanya arah tempat kerja mereka. Ini membuatkan saya percaya yang mereka telah mempunyai pengetahuan tentang siapa yang patut mereka jadi semalam. Saya, abang-abang, adik masih lagi dalam cuti, jadi kami tinggal di rumah. Saya lebih selesa berinteraksi dengan 'adik-beradik' saya tanpa gangguan 'ayah' kerana dia seolah-olah seorang ketua, memberitahu mereka apa yang patut dibuat.

Seperti yang saya jelaskan sebelum ini, saya membawa dan membaca Quran untuk menenangkan fikiran saya. Ramai orang berkata benda tu mungkin jin dan kerana itu, saya membaca surah yang khas untuk jin iaitu Surah Al-Jinn. Ketika saya baca dengan kuat, saya boleh dengar seperti bunyi cakaran di bahagian atas, terutama di bilik adik perempuan saya. Mungkin saya terbayang yang ayat-ayat itu memberi kesan kepada benda di atas tu atau mungkin cuma mainan saya sahaja, saya tidak pasti. Saya dah bercakap dengan beberapa rakan keluarga dan setiap mereka memberitahu, saya tidak cukup kuat(mungkin dalam konteks keagamaan) untuk berhadapan dengan benda itu. Mereka memberitahu bahawa saya patut menunggu Sheikh itu.

Sekarang dah 2.50 petang. "Adik beradik" saya masih tak bangun-bangun, saya tak pasti kenapa. Biasanya kalau mereka malas sekali pun, tidak ada siapa yang akan tidur lebih dari pukul 1.30 petang. Saya nak sangat naik ke tingkat atas dan tengok apa yang berlaku tapi saya dah lihat banyak cerita seram yang biasanya menunjukkan pengakhiran yang tidak baik jika 'pergi menyerah diri' dengan hantu. Saya tak mahu mati tanpa selesaikan masalah ini. Ibu bapa saya biasanya akan balik pada 5.30 petang jadi saya ada masa untuk mencuba dan menyiapkan diri dengan informasi dan doa sebanyak yang boleh.

5.34 petang. Saya dengar kereta ibu bapa saya sampai di garaj. Mereka masuk sekali, dengan wajah tidak puas hati jika dibandingkan dengan muka pagi tadi. Saya tak apsti kenapa. 'Ayah' membisik sesuatu seperti '...tak sepatutnya ... sepatutnya tinggal ...' dan 'banjoran titwang' kepada ibu saya. Saya tak pasti jika ayat terakhir yag saya dengar tu betul, mungkinkah ia satu penghinaan? Satu tempat? Saya tak tahu. Bahasa apa pun saya tak tahu tapi yang pasti ia bukan bahasa Inggeris. Mereka cuma kata hi kepada saya dan naik ke tingkat atas. Untuk buat apa? saya tak tahu. Tapi selagi mereka tidak dekat, saya tak rasa takut. Bau busuk masih lagi ada dalam rumah tapi tak sekuat sebelum ini. Mungkin kerana saya dah terbiasa.

Kini jam baru sahaja menunjukkan tengah malam, 12:07 pagi tepatnya. Keperluan saya untuk tidur sedang membuak (Saya tak tidur hampir 72 jam) jadi saya tidur di atas sofa dan pasang Quran kuat-kuat dan dengar menggunakan earphone. Saya tak tahu.. ia menenangkan saya.

Jika apa-apa perkara besar berlaku saya akan update lagi atau bila Sheikh tiba sini.

Update : Saya tahu yang saya tak sepatutnya cuba melawan tapi saya ni degil. Setiap kali saya dengan bunyi irama berdengung tu diatas, saya akan baca ayat Quran dengan perlahan dan saya bersumpah bunyi itu akan berhenti buat seketika dan saya terdengar bunyi ketukan pula, yang datang dari bilik ibu dan ayah. Ketukan itu sentiasa kedengaran dalam urutan yang sama : tiga ketukan pendek, tiga ketukan panjang dan tiga ketukan pendek sekali lagi. Saya tak tahu apa maksudnya. Mungkin tanda amaran? Adakah 9 ketukan menandakan sesuatu? Saya tak pasti. Masih lagi menunggu Sheikh untuk datang, katanya dia akan datang ke sini pada Jumaat. Hari ini malam Selasa. Nanti saya update lagi.

Bahagian 3 :

Saya dah kembali, syukur tanpa sebarang kecederaan. Hari ini hari Sabtu yang sejuk dan saya baru sahaja habis bercakap dengan sheikh, seorang Imam yang bernama Ahmad. Saya akan ceritakan apa yang saya lihat dan juga apa yang Imam Ahmad beritahu saya apabila pertama kali berjumpa 'keluarga saya'.

Pertama sekali, Imam Ahmad menghampiri ayah saya dulu dan bersalaman tangan dengannya. 'Ayah' membalas balik dengan seolah-olah terpaksa (menguatkan teori saya bahawa ayah saya masih ada di dalam dan dikurung oleh makluk itu). Seingat saya, ini dialog antara mereka berdua.

Imam Ahmad : Assalammualikum. Boleh kamu beritahu saya tentang diri kamu?
'Ayah' : Saya adalah Ali ****
(Nota kaki : Perasan tak dia tak balas salam diawal tadi?)

Imam Ahmad : Ali, kerja sebagai apa?
'Ayah' : Saya kerja sebagai ahli farmasi di **** **** ****

Imam Ahmad : Dah berapa lama kamu bekerja di sana?
'Ayah' : Hampir 25 tahun.

Setakat ini, 'ayah saya' lulus dengan cemerlang. Dia tahu nama kami, apa yang kami belajar di universiti dan apa benda yang saya tak suka (vacumm) dan apa makanan pencuci mulut kesukaan ibu. Bagaiamanapun, masih ada yang tak kena. Biarpun sedekat mana dia kenal keluarga ini, saya tak boleh buang perasaan ganjil itu. Bau busuk masih lagi ada dan jarang-jarang kedengaran bunyi berdengung di tingkat atas di bilik adik beradik saya.

Saya bertanya kepada Imam Ahmad jika dia boleh bau bangkai seperti saya tapi dia kata tidak. Ketika ini Imam Ahmad meminta kebenaran dari saya untuk membuat eksperimen. Eksperimen itu termasuk memperdengarkan surah Al-Baqarah (The Cow) dan melihat apa reaksi mereka. Menurut Imam Ahmad ini adalah cara 'standard' yang digunakan sheikh-sheikh dan Imam untuk mengetahui sama ada mereka sedang menghadapi dengan benda ghaib. Saya beritahu dia surah itu sudah ada dalam iphone dan berikan kepadanya. Dia menekan play dan menunggu ia bermula.

Hasilnya sangat pantas. 'Ayah saya' mula menjerit seperti bukan manusia sehinggakan saya takut kerana dia seperti mahu makan kami. Jeritan turut didengari di bahagian atas dan bunyi cakaran turut kedengaran. Perkara-perkara yang saya dengar pada malam pertama semuanya kembali.

Semua ini hanya berlaku dalam masa 3 saat tetapi selepas itu Imam Ahmad memberhentikan Al-Quran dan ketika itu, dia memberitahu yang dia juga terbau bau busuk seperti yang saya alami.

Dengan kekuatan yang ada, saya tanyakan kepada Imam Ahmad apa yang dia buat. Saya sangat 'pakar' dalam exorcism dan rasukan tetapi dari konteks Kristian, dengan penggunaan Lord Prayer, Holy Water, salib dan etc. Terima kasih kepada cerita filem Hollywood untuk itu. Tetapi saya jarang dengar orang lakukannya dalam Islam.

Imam Ahmad perasan muka saya pucat dan bertanya sama ada saya boleh tinggal dengan keluarga atau rakan untuk beberapa hari. Dia juga meminta saya untuk bertemunya di masjid tempatan selepas solat Zohor esok. Ketika saya sedang sibuk mengatur tempat tinggal, Imam Ahmad mempelawa untuk menumpangkan saya. Saya terima pelawaan itu.

Ketika menghantar saya ke rumah rakan saya, Imam Ahmad menceritakan segalanya. Dengan ringkasnya, dia kini 85% yakin yang keluarga saya dirasuk oleh jin yang sangat kuat dan mempunyai niat yang jahat. Imam Ahmad juga berkata dia yakin bahawa ahli keluarga saya masih hidup tetapi tidak lama jika dia tidak memulakan exorcism secepat mungkin.

Biarpun saya sedikit lega dengan apa yang diberitahu tapi ia disusuli dengan perasaan takut. Sesampainya di rumah rakan saya, Imam Ahmad sekali lagi mengingatkan saya untuk bertemunya esok.

Sekarang, saya dengan Amelia, rakan baik saya. Saya ceritakan kepada dia apa yang berlaku tapi di terpegun memandangkan dia seorang pagan. Dia cuba menerima perkara ini secara logik. Saya akan update semula selepas bertemu dengan Imam Ahmad.



*Belum baca bahagian satu? Klik sini.
*Kisah diambil dari pengguna Reddit, melburnbabyburn.

Bahagian 2 & 3 Kisah Seram Pelancong Australia ke Malaysia: 'Banjaron Titwang...' - Bisik 'Ayah' kepada Ibu... Bahagian 2 & 3 Kisah Seram Pelancong Australia ke Malaysia: 'Banjaron Titwang...' - Bisik 'Ayah' kepada Ibu... Reviewed by Admin on 11:45:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.