“Saya Ingin Bernikah Dengan Dia, Tolonglah Tuan,”



KOTA BHARU - Seorang pekerja kilang papan warga Indonesia dihukum penjara 13 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini, selepas mengaku salah merogol kekasihnya yang masih bawah umur.

Tertuduh, 29, didakwa merogol mangsa yang berusia 15 tahun enam bulan di sebuah rumah kongsi tanpa nombor di Kampung Jelawang, Dabong, Kuala Krai, antara jam 4 dan 5 petang, 26 April lalu.

Hakim, Ahmad Bazli Bahruddin memutuskan hukuman terhadap tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat.

Kejadian terbongkar selepas mangsa menceritakan kepada ibunya. Ibunya menyedari dia tidak mempunyai selera makan selama seminggu.

Selepas didesak, mangsa akhirnya mengakui melakukan hubungan seks dengan kekasih dan sudah dua bulan tidak datang haid.

Mangsa mengenali tertuduh yang dipanggil Belanda itu sejak Julai 2015 dan mengakui lebih kurang 10 kali melakukan seks hingga terakhir pada 26 April lalu.

Ibu mangsa tidak tahu tentang hubungan mereka kerana mangsa menggunakan alasan berjumpa untuk memasak di rumah tertuduh.

Tertuduh juga mengetahui mangsa mengandung dan pernah memberi mangsa makan nenas untuk menggugurkan kandungan itu, namun gagal.

Laporan polis dibuat ibu mangsa pada 3 Jun lalu dan mengetahui tindakan itu, tertuduh datang ke kedai pengadu dalam keadaan mabuk dan membuat kacau.

Hasil siasatan polis, tertuduh masuk ke Malaysia secara haram tanpa sebarang rekod perjalanan di Imigresen Malaysia.

Pada prosiding itu, tertuduh merayu hukumannya diringankan dan mahu bertanggungjawab di atas perbuatannya itu.

“Saya ingin bernikah dengan dia, tolonglah tuan,” katanya yang bakal berdepan empat lagi tuduhan merogol mangsa sama.

Timbalan Pendakwa Raya negeri, Fahrul Razi Zainal Abidin membantah rayuan itu dan memohon tertuduh dikenakan hukuman berat kerana menyalahgunakan peluang berada di Malaysia untuk mencari rezeki halal, sebaliknya melakukan jenayah.

“Tertuduh sudah mengambil kesempatan berkali-kali terhadap mangsa dan baru hari ini mahu bertanggung jawab.

"Mohon satu hukuman berat yang dapat memberi mesej bertapa serius kesalahan yang dilakukan,” katanya.



“Saya Ingin Bernikah Dengan Dia, Tolonglah Tuan,” “Saya Ingin Bernikah Dengan Dia, Tolonglah Tuan,” Reviewed by Admin on 10:29:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.