Saya cuba menukar sendiri tayar berkenaan dengan menggunakan spanar 4 palang dan
jack kereta. Bukannya kerja mudah untuk perempuan, skru tayar pula dikunci dengan ketat. Saya langsung tak mampu membukannya. Dengan cuacanya yang panas terik, habis badan berpeluh. Kereta yang lalu lalang pula membunyikan hon menyebabkan kepala semakin tertekan. Saya masuk dalam kereta sekejap untuk menyejukan diri.
Tak lama kemudian, datang seorang pegawai polis trafik lalu bertanyakan apa masalah kereta saya. Setelah dijelaskan, dia tawarkan bantuan untuk menukar tayar kereta saya dengan menggunakan dua alatan itu tadi. Sekali lagi saya diuji apabila tayar spare pula tak cukup angin.
Kemudian, dia mengiringi saya dengan motosikal besarnya itu ke sebuah stesen minyak yang berhampiran. Tiba di sana, tayar spare pula yang ada masalah. Sekali lagi, dia mengiringi saya ke stesen minyak lain yang ada kedai tayar.
Dia melanggar lampu isyarat mereka dan meminta kenderaan yang lain berhenti, agar kereta saya diberi laluan.
"Walao eh! Awesome!"
Dia bagaikan malaikat yang bersembunyi di sebalik seragamnya itu untuk membantu saya. Tanpa pegawai polis tarfik ini, mungkin saya akan tersadai lama di tepi jalan.
Saya berharap semua pegawai polis mempunyai sikap yang baik seperti dia yang sudi membantu orang awam yang ditimpa kesusahan.
Saya telupa ambil nombor lencana dia. Tetapi saya takkan lupa bagaimana wajahnya dan segala kebaikannya pada saya. Terima kasih abang polis! - Phyliss Kong
Sumber: PIXEL MEDIA
'Tanpa Abang Polis Trafik Ini, Tak Tahulah Apa Nasib Saya'
Reviewed by Admin
on
11:41:00 PG
Rating: