Cara Betul Tukar Transmisi Auto Agar Gearbox Kereta Anda Tak Mudah Rosak



Tukar gear auto dengan cara salah boleh menyebabkan gearbox anda rosak dan kos gearbox kereta sangat mahal.

Harap selepas baca, dapat kongsikan kepada rakan-rakan anda.

JANGAN TUKAR GEAR ‘P’ DI TRAFFIC LIGHT

Kekadang pernah perasan kereta depan masuk gear P bila berhenti kat trafic light. Senang untuk teka, sebab lampu reverse akan nyala sekejap.

Bayangkan kalau pemandu terkejut sebab lampu trafic light dah hijau lama & kereta belakang dah hon-hon je. Tertekan pedal minyak dulu baru masuk gear. Jawabnya, gear anda boleh rosak atau cepat rosak.

Kaedah yang betul semasa berhenti di traffic light:

1. Tekan brek kaki
2. Masuk gear N (tanpa tekan tombol pada gear. tolak ajer)
3. Tarik hand brek
4. Lepas brek kaki

Bila nak jalan balik:

1. Tekan brek
2. Masuk gear D (tanpa tekan tombol pada gear. tarik ajer)
3. Lepas hand brek.
4. Lepas brek kaki
5. Tekan minyak


PENGGUNAAN TOMBOL / BUTANG PADA GEAR
1. Tekan tombol semasa menukar
P > R
R > P
R > N
N > R
D > L/D2
L/D2 > D

2. Jangan sesekali tekan antara
N > D
D > N
D > D3
D3 > D


KENAPA?

Ini adalah untuk mengelakkan daripada anda terlajak tolak gear. Jika terlajak, gearbox anda boleh rosak.

Contohnya dari gear D, anda ingin tolak ke N. Sekiranya tak tekan tombol gear, anda tak dapat tolak lebih kerana ia tersekat di N. Tetapi jika anda tekan tombol, anda boleh menolak gear terus ke R.

Contohnya, semasa ingin berhenti kereta, anda ingin menolak ke gear N dari gear D. Oleh kerana anda menekan tombol gear, kemungkinan tertolak ke gear R adalah tinggi.

Jika kereta belum berhenti sepenuhnya, gearbox boleh rosak. Akibat pertukaran mengejut dari D terus ke R secara tidak sengaja akibat tertekan
tombol gear.

Tombol gear ini hanya terdapat pada kereta auto yang kekotak gearnya lurus (seperti dalam gambar). Kalau yang lekok-lekok tu, takde tombol. Selamat.


Berikut adalah susunan gear untuk gearbox auto:

P : Parking, digunakan untuk anda memberhentikan kereta anda. gear akan disekat.jadi kereta anda takkan bergerak walaupun handbrake tak ditarik.

R : reverse, untuk mengundur kereta anda

N : neutral, jika dalam posisi menunggu traffic light atau traffic jem, alihkan ke gear neutral. bukan parking! jika anda perasan, gear D ke N tidak perlu menekan kekunci pada tombol gear.

D : Drive, penukaran secara auto gear 1,2,3,4 dan seterusnya butang overdrive – gear akan menyekat untuk masuk ke gear 4. Gear yang akan digunakan cuma 1,2 dan 3 sahaja.

3 : Setengah kenderaan tidak mempunyai overdrive tetapi mempunyai susunan gear 3 untuk menurunkan gear dari 4 ke 3.

2 : Ini akan menyekat sistem gearbox anda ke gear 2 dan tidak akan masuk ke gear seterusnya. tetapi akan jatuh ke gear 1 jika perlu.

L : Low gear, gear pertama

Semoga bermanfaat untuk anda.

Sumber: Thevocket.com

Cara Betul Tukar Transmisi Auto Agar Gearbox Kereta Anda Tak Mudah Rosak Cara Betul Tukar Transmisi Auto Agar Gearbox Kereta Anda Tak Mudah Rosak Reviewed by Admin on 10:06:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.