Mereka juga memaksa anak kecil berusia 2 tahun itu makan cili kering. Perbuatan tidak berhati perut itu terbongkar juga apabila kanak-kanak itu akhirnya meninggal dunia akibat kecederaan teruk selepas lima minggu didera, pada 23 November 2015.
Ibu mangsa, Zaidah, 41 tahun, dan teman lelakinya, Zaini Jamari, 46 tahun, mengaku bersalah hari ini (23 Jun) – masing-masing atas satu tuduhan menyebabkan kecederaan teruk hingga menyebabkan kematian, dan tiga tuduhan penderaan kanak-kanak.
Di mahkamah hari ini, Timbalan Pendakwa Raya, Claire Poh menyifatkan “penderaan fizikal, mental dan emosi” terhadap kanak-kanak dua tahun yang “tidak boleh mempertahankan diri sendiri” itu sebagai “kejam dan tidak berperikemanusiaan.”
Mahkamah diberitahu bahawa dalam satu insiden pada 18 November 2015, budak itu tertidur ketika berdiri dengan tangannya di atas kepala. Melihat keadaannya itu, ibunya mula menampar muka dan dada budak itu untuk mengejutkannya dari tidur.
Rakannya yang tinggal dalam flat yang sama melihat darah mengalir dari mulut budak itu apabila ibunya menderanya. Budak lelaki itu terjatuh ke lantai, dan Zaidah memintal kedua-dua tangan anaknya itu dan memijaknya. Dia kemudian mengangkat budak itu ke tandas dan menukar lampinnya, sebelum memaksanya terus berdiri dengan tangannya diletakkan di atas kepala, kata Poh di mahkamah.
Apabila mangsa tetap enggan makan, kedua-dua Zaidah dan Zaini menamparnya beberapa kali dan wanita itu juga memukul bahagian belakang tubuh budak itu, hingga mangsa terjatuh ke lantai. Apabila Daniel tidak bangun dari lantai, Zaidah memijak dada anaknya itu sebelum menarik lengannya.
Pada sekitar 8.45 malam kemudian, Daniel menjadi lemah dan tidak mampu terus berdiri. Ibunya mencubit tubuhnya dan pipinya dan menamparnya beberapa kali. Mahkamah diberitahu Zaidah menyangka budak itu berpura-pura lemah dan mengadu kepada teman lelakinya.
Apabila ditanya para paramedik dan polis mengapa tubuh mangsa berlebam-lebam, pasangan itu berbohong dan berkata budak itu biasa mencubit dirinya sendiri, dan jatuh tersungkur di tandas.
Poh berkata pasangan itu tidak menyesali tindakan mereka itu dan menyeru mahkamah menjatuhkan hukuman penjara sekurang-kurangnya sembilan tahun dan 12 kali sebatan untuk Zaini serta hukuman penjara lebih berat untuk Zaidah.
Pendakwa raya itu berhujah bahawa pasangan itu lebih mementingkan untuk melindungi diri sendiri dan langsung tidak mengendahkan tragedi yang berlaku itu. Bahkan, kata Poh, pasangan itu pulang ke rumah dan menonton televisyen setelah disoal siasat polis tentang kematian budak itu.
Hakim Daerah Bala Reddy mengarahkan pegawai mahkamah menunjukkan kepada pasangan itu, yang berdiri bersebelahan satu sama lain di kandang tertuduh, gambar-gambar kecederaan yang mereka lakukan sendiri kepada Daniel, yang dipetik setelah budak itu meninggal dunia.
Namun, pasangan itu tidak menunjukkan sebarang reaksi, kata hakim, yang menunjukkan mereka tidak menyesali perbuatan mereka itu. Apabila ditanya sama ada mereka mahu berkata apa-apa, kedua-dua mereka mengambil kesempatan itu untuk merayu dijatuhi hukuman lebih ringan.
Atas kesalahan menyebabkan kecederaan teruk hingga menyebabkan kematian, pasangan itu boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan didenda atau disebat. Atas kesalahan penderaan kanak-kanak, mereka boleh dipenjara sehingga empat tahun dan/atau didenda sehingga S$4,000 bagi setiap tuduhan.
Sumber: FB Kiika Msa
Pijak Perut Dan Dipaksa Makan Cili Kering, Anak Kecil Ini Maut Didera ‘Kaw-Kaw’ Ibu Kandung Sendiri
Reviewed by Admin
on
10:09:00 PG
Rating: