Setelah Meninggal Dunia Status Agama Bill Kayong Terbongkar



22 Jun - Miri: Setiausaha Parti Keadilan Rakyat (PKR) Miri, Bill Kayong yang ditembak mati pagi semalam disahkan sebagai muslim dan jenazah akan diurus mengikut cara Islam.

Pegawai Agama Islam Bahagian Miri, Jamaluddin Taim berkata, Bill Kayong, 43, ataupun nama Islamnya Mohd Asbi Abdullah memeluk islam selepas berkahwin dengan isterinya Hasyikin Hatta, 41, yang beragama Islam.

Menurutnya, pihaknya juga mempunyai rekod pengislaman Bill Kayong di Pejabat Agama Miri.

"Pihak kami juga sudah bertemu dengan isterinya dan diberitahu Bill Kayong akan disemandikan dengan cara Islam pada hari Jumaat ini di Tanah Perkuburan Batu 1, Kuala Baram," katanya

Semalam, ahli politik itu ditembak mati oleh individu tidak dikenali di Persimpangan Lampu Isyarat berdekatan E-Mart, Tudan pada pada jam 9 pagi.

Mangsa yang memandu pikap Toyota Hilux disahkan meninggal dunia ditempat kejadian akibat terkena tembakan di leher menggunakan senapang patah.


Setelah Meninggal Dunia Status Agama Bill Kayong Terbongkar Setelah Meninggal Dunia Status Agama Bill Kayong Terbongkar Reviewed by Admin on 9:33:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.