Lelaki Ini Tercicir Duit & Lupa Bayar Di Kedai Mamak, Namun Dua Bulan Selepas Itu…



Dua bulan lepas duit terjatuh bawah kerusi

Saya ada dua cerita. Saya minum dengan kawan-kawan. Kedai tu memang selalu saya minum. Mereka kenal saya. Satu hari. Saya datang lagi sekali. Salah seorang dari staf kedai tu hulurkan saya RM10 pada saya.

“Duit apa?” Saya tanya pada dia. Dia geleng . Dia tak boleh berbahasa melayu. Dia panggil kawan dia untuk cakap dengan saya.

“Dia cakap, ini duit awak. Dua bulan lepas duit awak terjatuh bawah kerusi. Dia ambil simpankan kerana masa tu awak dah balik” kawan dia cakapkan.

Saya tak tercakap apa-apa. Jujurnya pemuda ini. Duit itu bukan besar sangat. Tapi dia simpankan dalam tempoh yang lama. Kerja di kedai mamak gaji RM3 sejam. Dia susah tetapi dia kerja bukan kerana duit.


Lupa bayar minuman, tapi dia tak panggil sebab tak nak malukan saya


Satu kisah lain.

Sedap berborak saya dan kawan-kawan terlupa bayar minum dan makan di mamak tersebut. Beberapa hari kemudian baru teringat. Pergi kedai tu,

“Saya terlupa bayar minum beberapa hari lepas”

Mamak tu cakap, “saya tahu”

“Kenapa tak panggil saya?”

“Tak mahu malu kan abang depan kawan-kawan, saya tahu abang datang sini balik”.

Tengok.. Mulianya hati dia kan. Sampai macam tu jaga aib orang lain. Sedangkan beberapa antara kita dengan sengaja mencari jalan mengaibkan orang tertentu.

Jangan aibkan orang lain.

Sumber: Baharuddin Mohamed

Lelaki Ini Tercicir Duit & Lupa Bayar Di Kedai Mamak, Namun Dua Bulan Selepas Itu… Lelaki Ini Tercicir Duit & Lupa Bayar Di Kedai Mamak, Namun Dua Bulan Selepas Itu… Reviewed by Admin on 11:19:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.