Jalani Rawatan Bekam Setiap Hari Selama Sebulan, Lihat Apa Yang Terjadi Kepada Lelaki Ini




China, 23 Jun - Akibat menjalani rawatan bekam setiap hari selama sebulan, seorang lelaki berusia 63 tahun dari Sichuan menderita apabila kesan bekam itu memburuk - dan ia boleh dilihat dari 7 parut besar di belakangnya.

Laporan menyebut, lelaki yang menderita akibat kolestrol tinggi dan beberapa penyakit lain itu pada mulanya hanya berhenti untuk berbekam di sebuah kedai urut di Chengdu pada Mei untuk rawatan bekam selama satu jam. Namun apabila dia merasa lehernya sakit, dia kembali untuk berbekam semula.

"Rawatan bekam ini akan menyembuhkan penyakit anda jika mengambil sesi rawatan bekam selama sebulan", cadang salah seorang pekerja di pusat urutan itu sebagaimana lapor EToday.

Biarpun 7 kesan parut sudah pun kelihatan selepas 10 hari rawatan, lelaki itu berdegil untuk menyudahkan rawatan sebulan itu dengan penuh.


Akhirnya selepas selesai rawatan selama sebulan itu, dia merasa sesuatu yang ganjil pada badannya. Dia kemudian dikejarkan ke hospital dimana doktor mendapati suhu badannya mencecah 39.7 darjah celcius.

Apabila diperiksa, doktor terkejut apabila mendapat terdapat 7 parut besar di belakangnya.

Parut-parut itu telah memburuk dan terkena jangkitan kuman. Sekiranya tidak segera ke hospital, dia kemungkinan akan terkena keracunan pada darah.

Netizen di Weibo (laman Facebook versi China) mengecam kedai itu kerana mengelirukan pelanggannya.

"Tak rasa sakit ke? Bagaimana dia boleh terus menerus pergi rawatan bekam tu", tanya seorang netizen.

"Kedai itu sangat tidak bertanggungjawab kerana mencadangkan dia mengambil rawatan bekam stiap hari", tulis netizen lain.


sumber

Jalani Rawatan Bekam Setiap Hari Selama Sebulan, Lihat Apa Yang Terjadi Kepada Lelaki Ini Jalani Rawatan Bekam Setiap Hari Selama Sebulan, Lihat Apa Yang Terjadi Kepada Lelaki Ini Reviewed by Admin on 11:20:00 PTG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.