VAKSIN JASAD VS VAKSIN HATI
Saya tidaklah mengikuti sangat ujian isu panas yang menimpa sahabat saya Imam Muda Ammar. Ada dengar2 juga semalam..Tapi tak ambil port sangat..
Tetapi bila malam tadi dia left group kami sambil sempat begurau meletak jawatan sebagai Imam Muda (walaupun bukan jawatan pun). Tanda dia cukup menyesal dan tertekan dengan isu ini..Pembunuhan karakter sedang jasadnya masih hidup..Hasbunallah!.
Saya ada membaca teguran kepada diri beliau. Teguran dengan fakta dan kata-kata yang baik sangatlah menenangkan serta menambah ilmu. Manakala yang mencaci serta memaki, anda sebenarnya membuka ruang dosa untuk memenuhi hati anda dan melenyek kualiti puasa yang anda jalani..Sanggupkah kita meredah ratus juta manusia dipadang mahsyar mencari dirinya untuk meminta maaf di atas cercaan yang dilemparkan padanya..
Saya bukan nak membela kesilapan yang dilakukannya..Saya cuma nak membela kebaikan yang ada pada kita..
Diharapkan dengan satu kesilapan yang dibuka Allah untuk beliau tidak menghalang kita untuk bersikap taqwa dan adil khusus terhadap diri kita sendiri. Bersyukurlah aib kita tidak disebar baunya oleh Allah..
Jangan hanya kita berusaha menvaksin jasad sedangkan hati kita tidak dicucuk vaksinnya..Cucuklah dengan Al Quran dan ilmu..Semoga dengan itu mulut saya, beliau dan kita semua lebih wangi dan jemari kita lebih cantik menari..
Ramadhan Kareem..
Sumber: Imam Muda Fakhrul
Dikecam Isu Vaksim, Sahabat Dedah Sikap Sebenar Imam Muda Ammar
Reviewed by Admin
on
11:11:00 PG
Rating: