Portal Saudi Gazette yang memetik sumber sebagai berkata, cara paling popular adalah dengan menyembur anggota badan menggunakan racun perosak.
“Racun itu mampu membuatkan anggota badan menjadi kebas dan mudah ‘dipatahkan’ tanpa rasa sakit. Melalui cara tersebut, mereka bukan sahaja menerima pampasan daripada majikan malah mendapat cuti bergaji selama 90 hari.
“Mereka membahayakan diri sendiri menggunakan alat yang memudaratkan dan fenomena ini dilihat meningkat secara drastik pada bulan Ramadan,” kata sumber tersebut.
Sementara itu, pakar bedah dan perunding ortopedik, Dr. Mohammad Khashab memberitahu, kece- deraan tulang secara berulang boleh mengakibatkan pelbagai isu kesihatan dalam tempoh yang panjang.
“Kecederaan ini juga boleh menyebabkan jangkitan dan perlu menjalani pembedahan. Anak-anak muda tidak mengetahui akibat yang mereka akan hadapi malah mengorbankan masa depan diri sendiri,” katanya.
Dalam perkembangan sama, perunding psikologi, Dr. Jamal Al-Tuwairqi menegaskan, tingkah laku itu adalah satu petunjuk yang kuat mendorong kepada tekanan perasaan.
“Ini adalah sikap yang tidak normal. Mereka ini perlu ditahan dan menjalani pemeriksaan lanjut. Jika mereka mempunyai kecenderu- ngan untuk bertindak ganas, hukuman perlu dilaksanakan atau jika mengalami masalah mental, harus mengikuti rawatan terapi,” ujarnya.
Seorang jurulatih pembangunan diri, Mohammad Al-Zubaidi pula berkata, mereka yang menggunakan taktik sedemikian dikatakan mempunyai sistem nilai yang berbeza.
“Individu-individu ini jelas percaya bahawa melakukan tindakan tersebut adalah harga yang munasabah untuk mendapatkan pampasan.
“Saya tidak akan mempertimbangkan mereka ini sebagai seorang pesakit. Mereka mempunyai sistem nilai yang berbeza hasil daripada pengalaman sendiri, persekitaran dan zaman kanak-kanak,” jelasnya.
Sembur Racun Perosak Bagi Kebas Sebelum Cederakan Diri Untuk Dapatkan Pampasan
Reviewed by Admin
on
11:41:00 PG
Rating: