ATSB berkata syarikat pengeluar pesawat itu, Boeing, mengesahkannya selepas penyiasat mengambil serpihan itu dan memeriksanya.
"Pada 9 Jun 2016, ATSB dinasihatkan tentang kemungkinan serpihan yang ditemukan di Pulau Kangaroo di selatan Australia adalah daripada pesawat itu (MH370). ATSB mengambil serpihan itu dan memeriksanya, bersama-sama dengan pihak berkuasa Malaysia dan Boeing.
"Maklumat diterima daripada syarikat pengeluar menunjukkan serpihan itu tidak konsisten dengan spesifikasi pembuatan bagi pesawat komersial Boeing.
"Sehubungan itu, ATSB telah membuat penilaian bahawa serpihan itu tiada kaitan dengan penyiasatan keselamatan atau misi pencarian yang sedang dijalankan bagi MH370," menurut ATSB dalam laman webnya pada Rabu.
Awal bulan ini, dilaporkan beberapa keping serpihan juga ditemukan di Madagascar oleh seorang lelaki yang menjalankan kegiatan mencari serpihan pesawat yang hilang itu.
MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal dilaporkan hilang pada Mac 2014 ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing. - Bernama
Australia Jawab Dakwaan Serpihan Ditemui Di Pulau Kangaroo, Australia
Reviewed by Admin
on
5:41:00 PG
Rating: