'Saya Akan Bersama PAS Hingga Akhir Hayat' - Dr Rani



Dr Abdul Rani Osman berniat untuk terus bersama parti itu sepanjang hayatnya kerana beliau percaya kepada perjuangan parti tersebut.

"Perjuangan PAS ini istimewa. Jika kita lihat, ia berteraskan Islam.

"Kalau kita lihat perlembagaan PAS dan bandingkan dengan parti lain, UMNO misalnya, PAS meletakkan Islam sebagai yang utama," kata Dr Abdul Rani, yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru.

Tambahnya, selagi beliau hidup, perjuangannya akan terus dilaksanakan atas platform PAS.

"InsyaAllah, saya akan bersama parti ini sehingga akhir hayat saya," kata beliau.



'Saya Akan Bersama PAS Hingga Akhir Hayat' - Dr Rani 'Saya Akan Bersama PAS Hingga Akhir Hayat' - Dr Rani Reviewed by Admin on 5:58:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.