Sah! Polis Dedah Pengganas Yang Merupakan Dalang Letupan Bom Puchong


Foto dan butir-butir dua supek yang diburu polis berkaitan insiden letupan bom di pusat hiburan Movida minggu lepas. — Foto oleh Ida Lim

KUALA LUMPUR, 4 Julai — Polis mengesahkan kejadian letupan bom di sebuah pusat hiburan di Puchong dilakukan militan Daesh dan dua individu telah ditahan di Pelabuhan Klang dekat sini, Rabu lepas.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata dua lelaki berusia 19 hingga 52 tahun itu telah menerima arahan daripada Muhammad Wanndy Mohamed Jedi, iaitu anggota kumpulan pengganas Daesh Malaysia di Syria.

“Mereka menerima arahan daripada Muhammad Wanndy untuk melakukan serangan di pusat hiburan di negara ini.

“Selain itu, sasaran mereka adalah pemimpin kanan negara, polis serta hakim,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman di sini, hari ini.

Beliau berkata siasatan awal mendapati mereka memperoleh bom tangan yang digunakan dalam kejadian itu dari negara jiran.

“Kami turut merampas pelbagai senjata tajam selain barangan seperti bendera kumpulan Daesh daripada suspek.

“Ini merupakan kes bom yang pertama di negara ini dan kita akan jalankan siasatan secara terperinci,” katanya.

Khalid berkata pihaknya juga sedang memburu dua lagi suspek yang turut terbabit dalam insiden letupan itu.

Katanya, dua suspek berkenaan dikenali sebagai Md Saifuddin Muji, 28, dan Jasanizam Rosni, 33, yang masing-masing beralamat di Johor.

“Kami meminta orang ramai untuk segera melaporkan kepada polis jika melihat mereka,” katanya.

Pada 28 Julai lepas, sekurang-kurangnya lapan cedera, seorang daripadanya parah, dalam insiden letupan dipercayai berpunca daripada bom tangan dekat sebuah premis hiburan di IOI Boulevard, Puchong dekat sini. ― Bernama

Sah! Polis Dedah Pengganas Yang Merupakan Dalang Letupan Bom Puchong Sah! Polis Dedah Pengganas Yang Merupakan Dalang Letupan Bom Puchong Reviewed by Admin on 10:55:00 PTG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.