Pemilik Restoran Marina, Hasnah Omar, 41, berkata, dia kesal kerana maklumat salah itu disebarkan hingga menjadi viral dalam laman sosial, Facebook sejak beberapa minggu lalu.
Menyifatkan ia satu fitnah, wanita berusia 41 tahun itu berkata, dia mendapat banyak panggilan telefon daripada rakan-rakan yang bertanyakan mengenai perkara itu.
“Viral itu tersebar dengan cepat termasuk di Facebook milik beberapa individu sehingga menjatuhkan imej serta menjejaskan perniagaan saya,” katanya ketika ditemui di restorannya di sini, semalam.
Hasnah berkata, dia juga hairan bagaimana gambar CCTV itu boleh tersebar dengan cepat sedangkan hanya dia bersama beberapa pekerja dan anggota polis berada di tempat kejadian pada 17 Januari lalu.
“CCTV itu ditemui ketika sepupu datang membaiki paip di dalam bilik air di rumah sewa itu sebelum menjumpai alat itu dengan wayarnya disambungkan ke rumah belakang,” katanya.
Menurutnya, terkejut dengan penemuan itu dia membuat laporan polis kerana bimbangkan keselamatan dirinya.
Dia yang mengusahakan Restoran Marina sejak 10 tahun lalu bukan sahaja mengalami kerugian malah tertekan apabila terpaksa berdepan pertanyaan pelanggan mengenai perkara itu.
“Saya juga menjadi mangsa khianat kerana CCTV itu dipasang di dalam bilik air rumah sewa.
“Saya serahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan terhadap individu terlibat,” katanya.
Hasnah berkata, sejak kejadian itu, dia berasa tertekan dan malu untuk berdepan dengan orang ramai.
“Saya harap keadaan akan kembali seperti biasa dan reputasi restoran saya dapat dipulihkan,” katanya.
Sementara itu, peguamnya, Mohd Haris Al Hajj Abdullah berkata, pihaknya akan mengenal pasti pemilik akaun Facebook yang menyebarkan maklumat palsu tersebut menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
“Kita akan siasat pihak yang sebar gambar palsu berkenaan sehingga diviralkan dan tindakan saman malu dan ganti rugi akan diambil selepas mendapat maklumat lengkap,” katanya.
Cctv Bukan Dalam Tandas Restoran Tapi Dalam Bilik Air Rumah Sewa
Reviewed by Admin
on
9:52:00 PG
Rating: