Akhirnya Anak Mahathir Dedah Matlamat Sebenar Deklarasi Anti Najib



Bekas menteri besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini mempertahankan Deklarasi Rakyat yang menurutnya tidak bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan BN tetapi hanya bertujuan untuk menggantikan Datuk Seri Najib Razak dengan seorang perdana menteri lain dari parti pemerintah itu.

Deklarasi Rakyat menyaksikan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan sekutunya dari pembangkang dan masyarakat sivil menyeru penyingkiran Najib berhubung dakwaan skandal yang menyelubunginya dan untuk melaksanakan pembaharuan institusi.

"Tidak masuk akal sama sekali dakwaan bahawa tindakan Tun Mahathir ini akan menguntungkan pembangkang termasuk DAP.

"Adakah BN akan tumbang jika Najib undur? BN tetap mempunyai majoriti kerusi Dewan Rakyat.

"Yang hanya perlu dilakukan ialah pelantikan PM yang baru - dari kalangan ahli-ahli Parlimen BN, bukan dari pembangkang," katanya dalam satu kenyataan.

Mukhriz berkata pembangkang turut serta kerana mereka mahu negara diselamatkan dari kepimpinan Najib.

"Kalau ikut lojik, pembangkang akan dapat memenangi PRU14 dengan mudah kerana penolakan rakyat terhadap Najib bermakna BN juga ditolak secara total.

"Tapi sebaliknya, pembangkang mahu Najib diganti dengan pemimpin BN yang lain sebelum PRU14. Kenapa?

"Kerana mereka mahu negara diselamatkan dari kemusnahan akibat pemimpin yang rakus menyalahgunakan kuasa," katanya.

Mukhriz mengulangi bahawa deklarasi itu tidak akan membawa kepada kejatuhan BN dan pembangkang faham dan menerima hakikat bahawa amalan demokrasi negara tidak mengizinkan mereka merampas kuasa dari BN tanpa melalui PRU.

"Kenyataan beberapa pemimpin Umno bahawa rakyat perlu tunggu PRU14 untuk tukar PM sangat membahayakan kepentingan BN

"Adakah maksudnya PM baru itu akan datang dari kalangan pembangkang setelah BN tumpas di PRU tersebut?

"Itu sama sekali bukan matlamat Tun Mahathir.

"Untuk selamatkan negara, malah untuk pertahankan kedudukan BN sebagai kerajaan, Najib perlu diganti pemimpin BN lain sebagai PM sebelum PRU14," katanya.


Akhirnya Anak Mahathir Dedah Matlamat Sebenar Deklarasi Anti Najib Akhirnya Anak Mahathir Dedah Matlamat Sebenar Deklarasi Anti Najib Reviewed by Admin on 7:22:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.