Mahathir Tak Kisah DAP Perintah Negara, Asalkan Bukan Najib



KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir kini tidak lagi menghiraukan parti mana memerintah negara asalkan matlamat menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tercapai.

Bercakap kepada media di Rumah Kelab Persatuan Alumni Universiti Malaya, Dr Mahathir mengakui sanggup membenarkan DAP yang pernah menjadi musuh politiknya ketika menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun sebagai pemerintah menggantikan Barisan Nasional (BN).

"Kita akan adakan pilihan raya bebas daripada penipuan. Orang nak pilih DAP itu hak merekalah. Takkan saya nak kata DAP tak boleh bertanding," katanya.

Menjawab soalan kepada media samaada beliau akan berkempen bagi pihak Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau berkata "saya berkempen untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib."

Prinsip Dr Mahathir kini jauh bertentangan dengan apa yang diperjuangkannya ketika menjawat jawatan Perdana Menteri dahulu.

Kini, beliau bersama pemimpin DAP eranya, Lim Kit Siang berganding tenaga untuk menumbangkan UMNO dan BN.

-mD

Mahathir Tak Kisah DAP Perintah Negara, Asalkan Bukan Najib Mahathir Tak Kisah DAP Perintah Negara, Asalkan Bukan Najib Reviewed by Admin on 9:22:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.