Zoo Khan Younis Paling Menakutkan Dan Menyedihkan Di Dunia


Reput dan dihurung lalat. Itulah keadaan yang dapat disaksikan di zoo yang paling menakutkan di dunia iaitu Zoo Khan Younis yang terletak di wilayah bergolak Gaza.

Binatang di situ dibiarkan mati dan reput. Ia berlaku disebabkan oleh konflik Israel-Palestin.

Meskipun penjaga zoo berikhtiar untuk memelihara binatang terbabit namun mereka tidak mempunyai makanan yang mencukupi untuk diberikan kepada binatang terbabit.

Ia mengakibatkan binatang itu terpaksa diawet selepas mati.


Menurut pengurus projek kebajikan haiwan, Four Paws, Dr Amir Khalil, zoo Khan Younis adalah zoo terburuk di dunia dan diumpamakan sebagai penjara.

“Idea untuk mengawet binatang ini bermula ketika perang Gaza disebabkan banyak binatang seperti singa, harimau, monyet dan buaya telah mati.

“Jadi kami terpaksa bertanya kepada ramai selain mempelajari di internet bagaimana untuk mengawetnya,’’ katanya.

Zoo itu dibuka pada 2007 namun banyak binatang mati selepas pencerobohan haram Israel ke atas Hamas pada 2008.

Sepanjang konflik selama tiga minggu itu, roket yang dilancarkan oleh Israel telah terkena kawasan sekitar. Binatang yang tidak terkena bom pula, mati akibat kebuluran.




Zoo Khan Younis Paling Menakutkan Dan Menyedihkan Di Dunia Zoo Khan Younis Paling Menakutkan Dan Menyedihkan Di Dunia Reviewed by Admin on 2:00:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.