Rahsia Nak Hilangkan Ketumbit, Tak Yah Susah-Susah Pergi Klinik




Punca dan Gejala Ketumbit

Ketumbit boleh dibahagikan kepada 2 jenis. Yang pertama akibat jangkitan kuman pada pangkal bulu mata. Jenis kedua ialah keradangan disebabkan penyumbatan pada kelenjar yang menghasilkan minyak untuk menentukan bulu mata kalis air atau kalazion.

Adakah ketumbit itu berbahaya, terutama jika saiznya besar? Tidak. Ia tidak menjejaskan penglihatan seseorang, tetapi boleh menyebabkan kesakitan disebabkan berlaku bengkak pada satu kawasan kecil yang sensitif di kelopak mata.

Kadangkala seseorang boleh mendapat lebih daripada satu ketumbit pada satu masa, tetapi usah risau kerana ia tidak berbahaya. Selain benjolan merah pada kelopak mata, antara gejala lain yang mengiringi ketumbit ialah :

* Mata berair

* Mata terasa gatal, terutama jika ada habuk

* Mata menjadi sensitif terhadap cahaya

* Kelopak mata menjadi merah dan bengkak

Biasanya ketumbit mengambil masa 3 hari sebelum ia pecah dan kering. Bagaimanapun dalam kebanyakan kes, ketumbit akan sembuh dalam tempoh seminggu.

Ketumbit jenis kedua yang disebabkan penyumbatan kelenjar minyak (kalazion) pula ‘tumbuh’ lebih perlahan dan jika ia terlalu besar, ia mungkin boleh mengganggu penglihatan.

Ketumbit tidak berjangkit kepada orang lain. Ini kerana ia disebabkan penyumbatan pada kelenjar tarsal mata pesakit.

6 cara traditional nak rawat ketumbit..

1. Tenyeh ngan bawang putih


2. Tuam tempat kena ketumbit dgn sudu yg dihangatkan oleh air panas. Buat selalu hingga pulih.


3. Petua org tua. Baca selawat sambil pegang mata yang kena ketumbit tu. Kemudian buat2 buangkan ketumbit tu dari mata..


4. Beli ubat mata brand Eyeglo bewarna pink dr farmasi


5. Tuam dengan air suam mengunakan kain yang bersih


6. Sebelum dia membesar, maksudnya masa dia masih lagi kecil (baru nak jadi), ambil hujung kain pelikat atau kain batik, “gergajikan” ketumbit tu agar segera pecah..


Selamat Mencuba ya!



Rahsia Nak Hilangkan Ketumbit, Tak Yah Susah-Susah Pergi Klinik Rahsia Nak Hilangkan Ketumbit, Tak Yah Susah-Susah Pergi Klinik Reviewed by Admin on 6:48:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.