Dah Letak Papan Tanda Amaran Buaya Tapi Masih Juga Nak Berenang Di Situ, Padahnya Wanita Ini Dibaham Buaya



QUEENSLAND - AUSTRALIA. Seorang ahli Parlimen menyalahkan mangsa yang hilang selepas dibaham buaya kerana berenang pada waktu malam di kawasan yang menjadi habitat binatang buas tersebut.

Laporan CNN mengatakan Warren Entsch menyalahkan mangsa, seorang wanita berusia 46 tahun kerana tidak mengendahkan papan tanda amaran buaya dalam kejadian Ahad lepas.

"Undang-undang tidak berfungsi terhadap kebodohan manusia," kata Warren.

Warren menegaskan mangsa yang masih hilang di pantai terpencil Thornton Beach dan dipercayai maut itu patut dipersalahkan.

"Ini memang satu tragedi tapi boleh dielakkan. Anda hanya boleh menjejakkan kaki ke tempat kejadian dengan feri dan tempat tersebut terdapat papan tanda amaran mengenai buaya.

"Kalau anda pergi berenang (di kawasan tersebut) pada jam 10 malam, anda mestilah akan dimakan," jelas Warren. - SH

Dah Letak Papan Tanda Amaran Buaya Tapi Masih Juga Nak Berenang Di Situ, Padahnya Wanita Ini Dibaham Buaya Dah Letak Papan Tanda Amaran Buaya Tapi Masih Juga Nak Berenang Di Situ, Padahnya Wanita Ini Dibaham Buaya Reviewed by Admin on 9:00:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.