Rupanya Ini Sebab Kenapa Yuna Blok Peminat Di Laman Sosial



KUALA LUMPUR: Penyanyi Malaysia yang kini sedang mencipta nama di Amerika Syarikat Yuna mempunyai sebab tertentu mengapa mengambil tindakan untuk ‘block’ segelintir peminat di laman media sosialnya.

Pemilik nama Yunalis Zarai ini berkata beliau tidak mahu orang luar berfikir peminatnya di Malaysia sering bergaduh diantara satu sama lain.

“Saya kini ‘block’ mereka agar bahagian komen saya bersih. Saya mahu mengekalkan imej (positif) orang Malaysia. Saya tidak mahu orang luar berfikir peminat saya di sini sering bergaduh,” kata Yuna dalam program bual bicara Obviously Harith Iskanderyang disiarkan pada malam Sabtu.

Ditanya tentang kolaborasi beliau bersama Usher dalam lagu ‘Crush’ yang kini begitu popular, Yuna akui beliau pada awalnya ragu-ragu dengan keputusan untuk menjemput penyanyi antarabangsa itu.

“Saya ada tertanya-tanya jika ia merupakan satu keputusan yang tepat. Banyak soalan di minda saya seperti macamana jika saya tidak suka hasilnya. Namun saya dengar lagu itu kembali dan ia begitu bagus,” katanya.


Rupanya Ini Sebab Kenapa Yuna Blok Peminat Di Laman Sosial Rupanya Ini Sebab Kenapa Yuna Blok Peminat Di Laman Sosial Reviewed by Admin on 9:36:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.