Ramesh ketika dihubungi SuaraTV menyifatkan tindakan Mahathir itu sebagai usaha terakhir beliau untuk memohon ampun atas dosa yang pernah dilakukan terhadap Anwar Ibrahim suatu ketika dahulu.
“Tindakan ini secara tidak langsung menunjukkan Mahathir mengakui Anwar tidak bersalah dan Mahathir ingin bertaubat kerana telah memecat Anwar.
“Pada saya Mahathir ingin bertaubat dan bagi mengelakkan dirinya dari terguling sehingga sanggup buat apa sahaja,” katanya kepada SuaraTV sebentar tadi.
Ramesh turut berkata persetujuan PKR untuk berdamai dengan Mahathir boleh diumpamakan sebagai menghalalkan semua dosa yang pernah dilakukan oleh bekas perdana menteri itu terhadap Anwar Ibrahim.
“Pada saya mereka berada dalam keadaan yang terdesak kerana setelah Anwar dihumban ke dalam penjara tiada lagi pemimpin di dalam parti itu yang layak diangkat sebagai pemimpin sehingga terpaksa bekerjasama dengan Tun Mahathir yang pernah dilabel sebagai musuh utama parti itu.
“Mereka perlukan Mahathir untuk berjuang begitu juga dengan Mahathir yang pada saya membuktikan beliau sangat terdesak mahu menjatuhkan Perdana Menteri hanya kerana mahu menjaga kepentingan kroni dan anak-anaknya” ujarnya pula.
Terdahulu Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata pimpinan Harapan Rakyyat akan mengadakan satu sidang akhbar khas bersama Mahathir esok berhubung cadangan membentuk muafakat bersama bagi ‘menyelamatkan Malaysia’, susulan masalah politik semasa negara
.
Sementara itu Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin berkata tidak menolak keputusan PKR untuk bersama-sama dengan Mahathir kerana parti itu terlalu obses untuk mendapatkan kuasa.
“Ini merupakan tempoh ujian bagi PKR kerana rakyat sedang melihat dan menilai hala tuju sebenar aspirasi parti itu sama ada mahukan perubahan atau sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan kuasa
“Dengan membawa aspirasi reformasi dan meletakkan Tun Mahathir sebagai kepala (ketua) merupakan satu perkara yang amat hodoh dan bodoh,” tegasnya pula.
Pemerhati politik menyifatkan “dendam” Mahathir menjatuhkan Najib sebagai penggerak utama mantan perdana menteri itu keluar Umno dan kini bermuafakat dengan pembangkang.
Mahathir sebelum ini turut mengadakan pertemuan dengan tokoh DAP Lim Kit Siang dan bersetuju menghadiri perjumpaan dengan pimpinan pembangkang pada 27 Mac. – SuaraTV
‘Mahathir Akui Anwar Tidak Bersalah’
Reviewed by Admin
on
8:22:00 PG
Rating: