Terbaharu, sumber memaklumkan kepada Malaysian Digest Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar amat teruja untuk melakukan penerbangan sulung pesawat tersebut ke Tanah Suci Mekah.
Baginda telah menjemput beberapa individu dan pegawai antaranya termasuk Mufti Johor, Datuk M Tahrir Samsudin untuk menaiki dan melihat sendiri secara dekat reka bentuk dalaman pesawat peribadi baginda itu.
Menerusi beberapa gambar yang dikongsi, kelihatan beberapa individu berada di dalam pesawat mewah itu.
Bagaimanapun, sumber tidak menyatakan tarikh penerbangan tersebut memandangkan Sultan Johor sebelum ini juga menyatakan bahawa baginda akan membawa individu yang tidak berkemampuan mengerjakan haji.
Terdahulu, Malaysian Digest yang memetik sumber penerbangan melaporkan Sultan Johor telah membeli sebuah pesawat baharu Boeing 737, yang mana pesawat berkenaan sedang dalam perjalanan dari Washington ke Johor Bahru.
Pada Isnin, Sultan Johor mengesahkan pembelian pesawat tersebut selepas pesawat berkenaan selamat mendarat kira-kira pukul 1.30 tengah hari.
Pesawat terbaharu Sultan Johor itu boleh menampung antara 25 hingga 30 orang, selain dilengkapi dengan ruang makan, bilik tidur dan ruang mandi.
- mD
Sultan Johor Jemput Mufti, Pegawai Tengok Jet "Emas" Secara Dekat
Reviewed by Admin
on
8:26:00 PG
Rating: