3 Wanita Maut Myvi Terbabas Dalam Longkang di Lebuhraya PLUS



IPOH 1 Jun - Tiga maut apabila kereta Perodua Myvi yang dinaiki oleh mereka terbabas ke dalam longkang di KM 230 Lebuh Raya Utara Selatan arah utara berdekatan Taiping dalam kejadian kira-kira 1.45 petang hari ini.

Menurut jurucakap bomba negeri, kesemua yang meninggal mati di tempat kejadian manakala seorang lagi mangsa cedera parah.

“Anggota bomba sedang menjalankan kerja menyelamat di lokasi kejadian,” katanya sebagaimana lapor Utusan Online hari ini.

Sementara itu Harian Metro melapoorkan kereta terbabit hilang kawalan dan merempuh pembahagi jalan sebelum terbabas ke dalam longkang menyebabkan semua mangsa tercampak keluar.

Ketua Polis Daerah Taiping Asisten Komisioner Harrith Kam Andullah berkata, tiga wanita Melayu berusia 20-an hingga 40-an, meninggal dunia di tempat kejadian, manakala seorang lagi berusia 20-an, cedera parah.

"Identiti semua mangsa masih belum dikenal pasti kerana dokumen peribadi mangsa dipercayai turut terbakar dalam kemalangan itu.

"Mangsa yang cedera parah dihantar ke Hospital Taiping untuk rawatan dan dilaporkan tenat serta tidak sedar diri," katanya.

Harrith Kam berkata, usaha kini sedang dilakukan untuk mengenalpasti identiti pemilik kereta berdasarkan nombor pendaftaran kenderaan.





3 Wanita Maut Myvi Terbabas Dalam Longkang di Lebuhraya PLUS 3 Wanita Maut Myvi Terbabas Dalam Longkang di Lebuhraya PLUS Reviewed by Admin on 11:30:00 PTG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.