Jom Tengok Sejauh Mana Kucing Anda Merayau Semalaman Menggunakan Pengesan GPS



Pasti anda tertanya-tanya sebelum ini, apakah yang kucing peliharaan kita lakukan di waktu malam ketika kita sedang nyenyak tidur dengan rumah gelap apabila semua lampu ditutup

Adakah ia tidur nyenyak seperti kita? jawapannya, tidak!, ini kerana berdasarkan kajian yang dilakukan oleh sebah badan kerajaan di Australia telah mengkaji tentang pergerakan kucing peliharaan pada waktu malam.

Apabila ditanya kepada tuan kucing tentang apa yang dilakukan oleh kucing kesayangan mereka pada waktu malam, ada mereka menjawab kucing peliharaan mereka hanya keluar berada di laman rumah dan apa yang menarik ada yang memberiahu kucing mereka tidur di dalam rumah semalaman.

Tapi berdasarkan ujian yang dilakukan, ternyata tekaan mereka meleset apabila ada kucing peliharaan mereka 'meronda' sejauh 3 kilometer dari rumah.

Ada juga yang lebih mengejutkan, ada antara haiwan manja kesayangan itu bermain jauh ke dalam kawasan hutan dan pulang pada keesokan harinya.












Di Australia kucing dianggap spesies invasif dan boleh mendatangkan kesan yang amat buruk kepada ekosistem. Selalunya pemilik kucing 'yakin bahawa haiwan kesayangan mereka tidak berkeliaran pada malam hari, jadi tujuan ujian ini adalah untuk menunjukkan kepada mereka apa yang sebenarnya berlaku di waktu malam.


Jom Tengok Sejauh Mana Kucing Anda Merayau Semalaman Menggunakan Pengesan GPS Jom Tengok Sejauh Mana Kucing Anda Merayau Semalaman Menggunakan Pengesan GPS Reviewed by Admin on 7:48:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.