Menurut saksi, Idris, melihat Rahmadi Noor terakhir kali terjun ke Sungai Bangau tapi tidak timbul-timbul selepas itu.
Perkara itu diadukan kepada warga tempatan dan pihak polis, pasukan SAR segera melakukan pencarian dibantu oleh puluhan orang awam.
Saat penyelaman pertama pasukan SAR menemukan handphone Rahmadi, hal itu semakin menguatkan sangkaan bahawa Rahmadi mati lemas.
Beberapa jam pencarian jasad Rahmadi tidak juga ditemukan. Hinggalah seorang bomoh turut membantu sambil mengeluarkan jampi-jampi dan menabur beras di sekitar sungai, bomoh tersebut mengatakan bahawa Rahmadi telah dibaham buaya.
Segala upaya dilakukan sampai jam empat petang, Rahmadi belum juga di temukan, akan tetapi sedang asyik dalam pencarian tiba-tiba Rahmadi muncul dengan menaiki perahu.
Tanpa rasa bersalah Rahmadi mengaku bersembunyi di dalam perahu di seberang sungai dengan alasan “takut dengan bos” sebab kunci pejabat terjatuh dan hilang.
Manakala handphone yang ditemukan memang milik Rahmadi yang sengaja di buang kerana panggilan daripada rakan dan bos tempat kerjanya yang berulangkali menanyakan kunci tersebut.
Saya sihat, tadi menyorok sebab takut kena marah bos, Rahmadi mengaku kunci pejabatnya itu terjatuh ke dalam sungai ketika hendak pergi kerja. Setelah puas mencari dia pun memutuskan untuk bersembunyi. "Saya mohon maaf sudah membuat warga panik," katanya.
Manakala pihak polis membawa Rahmadi dan saksi ke balai polis untuk meminta keterangan.
Pihak polis juga menelefon pejabat kerana alasan kunci yang dihilangkan oleh Rahmadi terlalu tidak masuk akal dan pejabat Rahmadi mengesahkan bahawa kunci pejabat memang ada di serahkan kepada rahmadi pada hari sabtu lepas.
Akan tetapi kunci pejabat tempat Rahmadi bekerja sengaja diduplicate dan salah satunya dipegang oleh bosnya sendiri.
Perkara itu sengaja dibuat sebagai persediaan jika pekerja yang memengang kunci pejabat itu berada dalam keadaan darurat, seperti lambat datang ataupun sakit dengan tiba tiba.
Manakala Idris dan Rahmadi yang turut mendengar panggilan itu hanya membuat wajah tidak bersalah di hadapan anggota polis. - eberita.org
Lelaki Disangka Mati Lemas Dan Dibaham Buaya, Rupa Rupanya…
Reviewed by Admin
on
11:58:00 PG
Rating: