Ramai Pekerja Nepal Meninggal Ketika Tidur, "Bukan Salah Kami, Mereka Yang Nak Sangat Overtime" - Majikan
Menyatakan demikian, pengarah eksekutif Persekutuan Majikan-majikan Malaysia Datuk Shamsuddin Bardan berkata “malah ada di antara mereka (pekerja asing) yang tidak mahu datang dan bekerja di sini sekiranya permintaan itu tidak dipenuhi.”
Beliau diminta mengulas laporan mengenai jumlah kematian pekerja Nepal ketika tidur “kerana serangan jantung.”
Duta besar Nepal di Malaysia, Dr Niranjan Man Singh Basnyat, dilaporkan berkata 70 peratus daripada 461 kematian pekerja dari Nepal di negara ini pada tahun lepas adalah akibat serangan jantung ketika tidur, berkemungkinan kerana bekerja lebih masa.
Tidak adil sekiranya pihak kerajaan Malaysia dan majikan sahaja yang dipertanggungjawabkan di dalam isu ini, kata Shamsuddin ketika dihubungi Bernama semalam.
Untuk itu, satu kajian mendalam perlu dilakukan oleh pihak kerajaan mengenai punca kematian, katanya.
“Kita tidak pula mendengar kes yang sama berlaku kepada pekerja asing dari Indonesia atau Bangladesh, jadi punca kematian ini perlu dikaji sebelum membuat sebarang kesimpulan,” tambahnya. ― Bernama
Ramai Pekerja Nepal Meninggal Ketika Tidur, "Bukan Salah Kami, Mereka Yang Nak Sangat Overtime" - Majikan
Reviewed by Admin
on
11:33:00 PG
Rating: