Mini Banglo Berharga RM60,000 Untuk Rakyat Malaysia



Pemaju perumahan, Juta Kelulut Global Sdn. Bhd. (Juta Kelulut) menawarkan projek perumahan mampu milik dikenali Mini Banglo yang berharga RM60,000.

Pengarah Urusannya, Siti Nurbaiyah Yahya berkata, harga yang ditawarkan itu sempena harga promosi bermula 1 Mei lalu hingga akhir Jun ini sebelum harga kembali kepada RM199,000.

"Projek rumah mampu milik ini dikenali Mini Banglo dan terbuka untuk semua rakyat Malaysia yang memiliki tanah sendiri.

"Tujuan promosi ini diadakan kerana sehingga hari ini masih ramai lagi keluarga yang tidak mempunyai rumah sendiri dan menyewa.

"Jadi saya juga berharap, di samping kami mengadakan promosi ini, kami beramal dengan membantu semua golongan mampu untuk memiliki rumah mereka dengan harga yang paling murah serendah RM50,000 mengikut saiz keluasan," katanya ketika ditemui MalaysiaGazette baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Siti Nurbaiyah berkata, bagi yang tidak memilik tanah sendiri, pihaknya turut menyediakan tanah lot untuk dijual di beberapa lokasi terpilih di Selangor dan Kuala Lumpur.

Jelasnya lagi, kredibiliti Juta Kelulut tidak perlu diragui kerana syraikat itu sudah berkecimpung dalam projek pembinaan perumahan sejak tiga tahun lalu.

Sebelum ini, katanya, syarikat itu menjadi ejen hartanah menerusi Kempen Banglopower Zukacare dan kini sedang giat menerima tempahan pembinaan banglo hampir 200 buah mini banglo di seluruh negara.

Namun, jelasnya, Juta Kelulut kini melebarkan sayap dalam industri perumahan dengan bertindak menjadi pemaju utama dengan melantik beberapa kontraktor bagi melancarkan pembinaan projek Mini Banglo.

Sementara itu, projek Mini Banglo berharga RM60,000 membolehkan individu memiliki mini banglo seluas 32 x 50 di atas tanah sendiri.

Mini banglo itu mempunyai sebuah ruang tamu dan ruang makan, tiga bilik tidur, sebuah dapur serta dua kamar mandi serta dilengkapi ruang parker kereta.

Struktur binaannya yang diperbuat daripada batu IBS (sistem binaan berindustri) tidak memerlukan perbelanjaan yang besar serta diiktiraf oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB).

Untuk maklumat lanjut tentang projek Mini Banglo, orang ramai boleh menghubungi ejen perumahan dan hartanah syarikat.


Sumber: malaysiagazette.com

Mini Banglo Berharga RM60,000 Untuk Rakyat Malaysia Mini Banglo Berharga RM60,000 Untuk Rakyat Malaysia Reviewed by Admin on 9:46:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.