Gambar Ngeri Tapak Tangan Terbelah, Putus 3 Jari Gara-Gara Tak Sempat Baling Mercun



KUALA KANGSAR, 10 Jun: Malang tidak berbau.

Seorang kanak-kanak 11 tahun terbelah tapak tangannya manakala tiga jarinya pula putus akibat bermain mercun di Kampung Sayong Lembah dalam kejadian di sini petang semalam.

Dalam kejadian yang berlaku pada 6.30 petang itu, mangsa dikatakan tidak sempat membaling mercun itu yang sudah dinyalakan menyebabkan ia meletup di tangan.

Menurut nenek kepada kanak-kanak itu, mangsa telah dikejarkan ke Hospital Kuala Kangsar dengan ambulans sebelum dipindahkan ke Hospital Taiping pada jam 9 malam.

"Adam selesai menjalani pembedahan kira-kira jam 2 pagi tadi dan hanya tinggal dua jari iaitu jari telunjuk dan ibu jari


"Dia masih dirawat di Hospital Taiping," katanya sebagaimana lapor Harian Metro.

Neneknya juga berkata, sebelum kejadian mangsa menonton televisyen di rumah sebelum seorang rakannya dipercayai mengajaknya bermain di kawasan Pesisiran Sayong sementara menunggu waktu berbuka puasa.

Katanya, orang ramai di tempat kejadian dikatakan menasihatkan mereka supaya tidak bermain mercun selepas balingan pertama menghasilkan bunyi yang kuat

"Tidak lama kemudian, letupan mercun kedengaran buat kali kedua dan disusuli jeritan Adam yang ditemui dalam keadaan berlumuran darah di tangannya," katanya.


Gambar Ngeri Tapak Tangan Terbelah, Putus 3 Jari Gara-Gara Tak Sempat Baling Mercun Gambar Ngeri Tapak Tangan Terbelah, Putus 3 Jari Gara-Gara Tak Sempat Baling Mercun Reviewed by Admin on 9:20:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.