Sedih, Bapa Muda Pimpin Tangan Anak Kecil Berjalan Dari Satu Kedai Ke Satu Kedai Cari Kerja



Ketahuilah, anda patut bersyukur kerana masih ada individu yang sangat mengharapkan pekerjaan dan tidak terfikir mahu berseronok dengan pekerjaannya melainkan demi kelangsungan hidup diri dan tanggung jawab.

Bayangkan sekiranya andalah individu itu, seorang bapa tidak bekerja yang perlu menanggung makan pakai isteri dan anak-anak.

Begitulah kisah yang dikongsikan pengguna Facebook, Aida Sue. Posting tentang seorang bapa mencari kerja sambil memimpin tangan anak perempuannya ini, boleh meruntun hati sesiapa sahaja yang membacanya dan mahu ambil iktibar.

Berikut catatan Aida Sue:


Korang! jom bantu bapa muda ini mencari kerja. :'( Sedih gila dah ni. Bantu share sekali!

Saya baru sahaja menyaksikan satu kejadian sedih kejap tadi sekitar jam 3 petang. Mungkin amat sedih bagi saya sebab pertama kali berlaku kisah macam ni dekat saya sendiri.

Seorang bapa muda sekitar awal 30an ( Abang Asrul ) dengan anak perempuan beliau yang masih kecil berumur sekitar 5-6 tahun berjalan dari satu kedai ke satu kedai hinggalah beliau singgah ke studio fotografi kami (Elenore Studio) di Wangsa Melawati untuk mencari kerja. Serius panas sangat keadaan dekat luar studio. Saya jemput Abang Asrul masuk mula-mula, tapi dia segan.

Abang tu masa bertanya dekat saya, saya nampak muka dia betul-betul menahan malu, dengan muka anak dia yang nampak penat. Ya Allah, sedih betul hati saya masa tu. Saya terus panggil boss saya untuk berjumpa abang tu maybe boleh do something ke (and thank you bosses for being generous kerana Allah SWT tadi).

Abang Asrul sebelum ini bekerja sebagai pemandu peribadi tetapi dah ditamatkan kontrak kerja. Anak beliau ada 4 orang masih kecil lagi dan isterinya sedang mengandung. Dia kini menyewa bilik kecil di area rumah kedai berhampiran Setapak Sentral Mall, Kuala Lumpur. Mempunyai motor sebagai kenderaan.

Saya tak sure kalau ada kedai/syarikat/pihak mana-mana yang sudi bagi dia kerja ASAP tetapi abang tu kata dia tak kisah apa-apa kerja pun, asalkan ada kerja. Please rakyat Malaysia, let’s help him, for his family and his daughter. He needs us especially nak dekat puasa dan raya ni.

This is his number ASRUL – 01123681982 saya dah minta izin abang tu untuk share nombor telefonnya di public).

InsyaAllah kita team Baju Raya Project will do something to help him lebih-lebih lagi nak dekat puasa dan raya ni. Boleh contact kami untuk bantu abang ni juga 010-2404533 (Aty).

Kisah ini mendapat perhatian ramai hinga ada yang mahu menghulurkan bantuan termasuk seorang netizen yang dikenali sebagai Norman Ismail.

Menerusi ruangan komen Norman memberitahu, dia secara kebetulan sedang mencari pemandu syarikat dan akan menghubungi lelaki itu.

Apa yang diharapkan, semoga Abang Asrul dimurahkan rezeki dan mendapat kerja.

Tambahan pula, Ramadhan seterusnya musim perayaan Aidilfitri bakal tiba tidak lama lagi. – MYNEWSHUB.CC

Sedih, Bapa Muda Pimpin Tangan Anak Kecil Berjalan Dari Satu Kedai Ke Satu Kedai Cari Kerja Sedih, Bapa Muda Pimpin Tangan Anak Kecil Berjalan Dari Satu Kedai Ke Satu Kedai Cari Kerja Reviewed by Admin on 8:43:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.