Timbalan Presiden UMNO yang digantung tugas itu sekali lagi menggesa pemimpin UMNO menyokong hasratnya untuk menyingkirkan Najib.
"Saya mungkin dilihat sebagai pembangkang tetapi.. saya disini ingin memberi amaran kepada pemimpin UMNO, sekiranya anda tidak menyingkirkan beliau (Najib), beliau akan jadi liabiliti dan anda akan kalah pada pilihan raya akan datang.
"Perkara menjadi semakin buru dan kamu perlu mengubah orang ini," katanya.
Muhyiddin bersama beberapa pemimpin UMNO (Mukhriz Mahathir, Shafie Apdal) serta Tun Dr Mahathir Mohamad dan pembangkang masih menyerang Najib berhubung isu derma 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Kumpulan yang melancarkan kempen 'Selamatkan Malaysia' ini tetap tidak mempercayai Najib tidak melakukan kesalahan sungguhpun Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) memutuskan tiada kesalahan dilakukan Najib sebagai Penasihat 1MDB.
Kenyataan Menteri Luar Arab Saudi, Adel al-Jubeir bahawa derma RM2.6 bilion dimasukkan ke akaun Perdana Menteri merupakan derma tulen juga disangkal kumpulan tersebut.
Muhyiddin sementara itu mengkritik pemimpin UMNO yang masih setia dibelakang Najib sebagai Presiden parti dengan menyifatkan ia sebagai kesetiaan membuta tuli ekoran bimbang akan hilang kuasa.
"Masalahnya sekarang adalah terdapat apa yang dipanggil tahap kebimbangan. Bimbang akan kuasa, pihak berkuasa dan tidak lain kepada Perdana Menteri yang juga presiden parti," katanya lagi.
-mD
Muhyiddin Kempen Pilihan Raya Sarawak Dipentas Pembangkang
Reviewed by Admin
on
8:28:00 PG
Rating: