Seorang wanita melalui sebatang jalan namun dirinya terkejut melihat seorang kanak-kanak lelaki duduk di atas jalan bagaikan menunggu sesuatu. Rasa yang membuak-buak ingin tahu membuatkan dia berhenti untuk bertanya dan tersentuh setelah mengetahui hal yang sebenar.
Duduk di atas jalan
Malam ni seusai Maghrib, tatkala saya dlm perjalanan menghantar anak kedua ke tuisyen di Bukit Rangin, terkejut melihat sekujur tubuh seorang budak lelaki berteleku memeluk lututnya bersama sebuah bakul dan 1 beg kain, duduk di atas jalan – bukan di atas kaki lima…
Saya yang masih terkejut ingin sekali berhenti dan bertanya kenapa (curiosity level very high indeed), tp saya beritahu Eusoffe, biarlah dia selamat sampai ke rumah tok guru dia dahulu dan barulah nnt saya berhenti bertanya khabar..
“Tapi saya dah tak larat”
Anak2 penjual kuih ini mmg tak asing lagi di sekitar kawasan ini, tempat mereka mencari rezeki.. Tahun lepas saya sering membeli kuih2 dijual adik beradik ini tapi waktu itu di ptg hari semasa menghantar anak sulung saya ke rumah tok guru yang sama… Tp persoalan saya skrg, kenapa jam 7.55pm masih di jalanan?
Baharuddin (14 tahun) menjawab dengan suara yang sedikit serak dan agak lemah “Ada lagi rm70 belum terjual…tapi saya dah tak larat.. Saya pening sebab sejak balik sekolah tadi jam 2pm dah mula menjual… ”
Kuantan mmg panas skrg.. Anak ini pelajar Tingkatan 2 di SMK Pandan.. Berpindah dari SMK Gudang Rasau kerana ibunya khuatir ttg keselamatan diri anak ke-3 ini untuk melintas 4 lane jalan besar Taman Tas – Kuantan.
7KM dari rumah
1. Terima kasih kepada warga Kuantan yang berhenti membeli dengan adik2 ini.. Ada juga yang menghulurkan duit tanpa membeli apa2 tadi.. Warga Kuantan terutamanya penduduk Bukit Rangin, Permatang Badak dan Sungai Isap tk pernah jemu membantu adik beradik ini.
2. Pakat2 beli sikit seorang bubur kacang hijau, bubur biji Nangka, pengat pisang dan bubur pulut hitam yang mereka jual utk juadah minum petang anda..
Berilah mereka peluang utk pulang awal ke rumah mereka yang jaraknya sekitar 7km dari tapak jualan..rumah mereka di Batu 6 belakang Ferro Futsal.. Tak tergamak utk ‘say no’ pada Baharuddin bila dia merayu utk dihantar pulang kerana kurang sihat…
Sebelum dia naik kereta tadi, sempat dia beritahu pada adik dia [darjah 6 SK Fakeh]…
“Kalau tak habis jualan tu..sedekah pada masjid ye…. ”
Allahu… Allahu.. Allahu..
Tatkala anak-anak lain seusianya sedang bergembira, adik ini terpaksa berhempas pulas membantu keluarga yang kesempitan. Moga dia terus tabah.
Sumber : Zarina Abdullah
Kredit: Ohbulan.com
Duduk Atas Jalan Macam Tunggu Sesuatu, Wanita Ini Rasa Pelik & Berhenti Bertanya Namun..
Reviewed by Admin
on
7:39:00 PG
Rating: