Gambar haiwan itu yang duduk di atas penutup lubang pembentungan di satu kawasan di Belgorod, Russia, pertama kali dirakam pada 2015.
Ia dilapor datang ke tempat yang sama setiap hari sejak ditinggalkan, seolah-olah menunggu tuannya.
Kisah kucing yang ditinggalkan itu dimuat naik ke Facebook oleh pengguna bernama Ostap Zadunayskiy.
Menurut lelaki berkenaan, dia mendapat tahu pemilik kucing terbabit pernah tinggal di kawasan berhampiran sebelum berpindah selepas menjual apartmentnya.
Menurut penduduk tempatan, mereka melihat kucing itu berlari mengejar tuannya apabila ditinggalkan.
Ia tunggu di tempat yang sama sejak itu.
“Inilah contoh kekejaman manusia dan kesetiaan haiwan sebenar,” kata Zadunayskiy.
Dia turut memuji tindakan penduduk tempatan yang memberi kucing itu makan setiap hari.
Ramai pengguna memetik kata-kata dari buku The Little Prince karya Antoine de Saint-Exupery, yang mengatakan: “Anda bertanggungjawab selamanya ke atas apa yang sudah anda jinakkan.”
Bagaimanapun, ramai juga yang curiga dengan cerita itu dan berpendapat kucing itu memang ada di situ kerana ia diberi makan setiap hari. - Agensi
Setianya Kucing, Zalimnya Manusia. Kucing Ini Tunggu Tuannya Setahun Di Tempat Ia Ditinggalkan
Reviewed by Admin
on
9:19:00 PG
Rating: